JPJ ronda 24 jam pada Tahun Baru Cina, kata pengarah

JPJ ronda 24 jam pada Tahun Baru Cina, kata pengarah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang JPJ ronda 24 jam pada Tahun Baru Cina, kata pengarah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JPJ ronda 24 jam pada Tahun Baru Cina, kata pengarah
link : JPJ ronda 24 jam pada Tahun Baru Cina, kata pengarah

Baca juga


JPJ ronda 24 jam pada Tahun Baru Cina, kata pengarah

Pegawai JPJ akan turut melakukan penyamaran di dalam bas bagi memantau pemandu yang merokok atau menggunakan telefon bimbit sambil memandu. -- Foto BernamaPegawai JPJ akan turut melakukan penyamaran di dalam bas bagi memantau pemandu yang merokok atau menggunakan telefon bimbit sambil memandu. -- Foto BernamaDENGKIL, 12 Feb — Rondaan pasukan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan beroperasi 24 jam pada 18 Feb bersempena sambutan Tahun Baharu Cina Jumaat ini, kata ketua Pengarahnya Datuk Seri Shaharuddin Khalid.

Beliau berkata bermula 9 Feb hingga 23 Feb pasukan penguatkuasaan JPJ melakukan rondaan selama 16 jam iaitu dari 8 pagi hingga 12 malam kecuali pada 16 Feb dan 17 Feb.

“Rondaan akan menggunakan kenderaan penguatkuasa berlogo dengan membuka lampu mata arah dengan kelajuan tidak melebihi 70km/jam menggunakan lorong kecemasan atau lorong paling kiri jalan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Stesen JPJ di kawasan Rehat dan Rawat Dengkil (arah selatan) di Lebuhraya Utara Selatan di sini hari ini.

Shaharuddin berkata dalam tempoh itu, JPJ akan turut menjalankan pemeriksaan bas secara rawak di hentian rehat dan rawat di lebuh raya.

Pegawai JPJ akan turut melakukan penyamaran di dalam bas bagi memantau pemandu yang merokok atau menggunakan telefon bimbit sambil memandu,” katanya.

Tambah beliau, sepanjang tempoh tersebut juga, pegawai JPJ akan memeriksa tayar, brek dan lampu bas ekspres sebelum bas berlepas dari Terminal Bersepadu Selatan.

Beliau berkata sebanyak 120 pasukan berkenderaan dan 40 unit bermotosikal JPJ akan terlibat dalam operasi penguatkuasaan sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.

“Rondaan dan penguatkuasaan pada sambutan perayaan Tahun Baharu Cina ini meliputi 240,000 km jalan raya di seluruh negara melibatkan 1,500 hingga 2,000 pegawai dan anggota JPJ ,” katanya.

Mengulas mengenai Stesen JPJ yang dirasmikan hari ini, Shaharuddin berkata ia merupakan stesen zon tengah di mana pihak pengurusan PLUS Malaysia Bhd memberikan ruang eksklusif untuk pegawai penguat kuasa JPJ beroperasi di kawasan rehat dan rawat berkenaan.

“Sebagai permulaan, Stesen JPJ Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil (arah selatan) akan memberikan fokus kepada operasi penguatkuasaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Untuk jangka masa panjang, stesen JPJ ini merancang untuk menyediakan perkhidmatan memeriksa saman, memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu untuk kemudahan pengguna lebuh raya,” katanya. — Bernama



Sumber JPJ ronda 24 jam pada Tahun Baru Cina, kata pengarah


Demikianlah Artikel JPJ ronda 24 jam pada Tahun Baru Cina, kata pengarah

Sekianlah artikel JPJ ronda 24 jam pada Tahun Baru Cina, kata pengarah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: