Johari: Di mana-mana negara pun kerajaan ‘punching bag’ rakyat

Johari: Di mana-mana negara pun kerajaan ‘punching bag’ rakyat - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Johari: Di mana-mana negara pun kerajaan ‘punching bag’ rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Johari: Di mana-mana negara pun kerajaan ‘punching bag’ rakyat
link : Johari: Di mana-mana negara pun kerajaan ‘punching bag’ rakyat

Baca juga


Johari: Di mana-mana negara pun kerajaan ‘punching bag’ rakyat

Johari Ghani berkata perkara ini tetap berlaku walaupun kerajaan berkhidmat sebaiknya untuk rakyat.

johari-rakuyat

KUALA LUMPUR: Mana-mana kerajaan pun di dunia ini akan menjadi sasaran kritikan dan kemarahan rakyatnya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini.

Beliau berkata perkara ini tetap berlaku walaupun kerajaan berkhidmat sebaiknya untuk rakyat.

“Di mana saja di dunia ini, jika ada masalah, kerajaan menjadi ‘punching bag’ (karung tinju). Itu normal,” katanya pada sidang akhbar di pusat khidmatnya di Titiwangsa hari ini.

Johari diminta mengulas kos sara hidup yang meningkat dan dikatakan melampaui kenaikan minimum gaji mereka.

“Rakyat akan mengadu tentang kos sara hidup. Mereka beritahu saya, harga lebih murah semasa mereka di sekolah rendah. Adakah anda jangka kos sara hidup akan kekal sama sekarang? Semestinya tidak.”

Beliau berkata, rakyat tidak patut membuat kesimpulan tentang kos sara hidup kerana orang berbeza mempunyai perbelanjaan berbeza.

“Jika seseorang peroleh RM10,000 sebulan, mereka harus hidup mengikut kemampuan, begitu juga seseorang yang peroleh RM3,000 sebulan,” kata Johari.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata beliau faham kebimbangan rakyat berkenaan kos sara hidup dan memperakui ia peranan kerajaan dalam memastikan inflasi dikawal.

“Ada sesetengah perkara kami boleh lindungi, dan ada perkara tertentu di luar kawalan kami.

“Kerajaan mampu mengawal harga beras, gula, tepung dan minyak masak tetapi produk lain tertakluk kepada dasar pasaran terbuka di mana teori bekalan dan permintaan akan main peranan,” katanya.

Beliau menambah, minyak masak disubsidi kerajaan dan boleh didapati pada RM2.50 tetapi mereka yang mahu membeli minyak masak berjenama mungkin harus berbelanja lebih.

“Juga, jika mahu minum minuman coklat tidak berjenama, anda boleh dapatkan yang murah. Jika mahu jenama lain, saya tidak dapat kawal harganya.

“Bolehkah kita beritahu syarikat swasta jangan menjual pada harga yang diletakkan pada produk mereka sendiri. Jadi, mengapa salahkan kerajaan?”

Mengulas isu kenaikan gaji yang sedikit, Johari berkata ia memang bergantung kepada tempat seseorang itu bekerja.

“Ia bergantung kepada syarikat di mana anda bekerja. Jika anda bandingkan gaji kakitangan awam hari ini dengan 10 tahun lalu, terdapat kenaikan signifikan.

“Jika kakitangan sektor swasta mengadu berkenaan gaji yang tidak naik, dia perlu semak dengan syarikat.”

Menurut Johari, tiada aduan dibuat berkenaan kenaikan gaji daripada pekerja bank, syarikat tersenarai awam (PLC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Tetapi rakyat membuat kesimpulan melulu, dan ia menjadi isu.”

Bercakap tentang kawasan pilihan rayanya, Johari berkata beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat.

“Apa sahaja ‘tumbukan’ mereka, saya akan terus berkhidmat kerana mahu menyumbang kepada rakyat,” kata Johari yang berhasrat untuk bertanding di Titiwangsa bagi penggal kedua.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Johari: Di mana-mana negara pun kerajaan ‘punching bag’ rakyat


Demikianlah Artikel Johari: Di mana-mana negara pun kerajaan ‘punching bag’ rakyat

Sekianlah artikel Johari: Di mana-mana negara pun kerajaan ‘punching bag’ rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: