Jakim perkenal pensijilan halal bagi peranti perubatan suku ketiga 2018

Jakim perkenal pensijilan halal bagi peranti perubatan suku ketiga 2018 - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Jakim perkenal pensijilan halal bagi peranti perubatan suku ketiga 2018, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jakim perkenal pensijilan halal bagi peranti perubatan suku ketiga 2018
link : Jakim perkenal pensijilan halal bagi peranti perubatan suku ketiga 2018

Baca juga


Jakim perkenal pensijilan halal bagi peranti perubatan suku ketiga 2018

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dijangka dapat memperkenalkan pensijilan halal untuk peranti perubatan pada suku ketiga tahun ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pensijilan halal bagi peranti perubatan itu yang dirangka bersama Jabatan Standard Malaysia kini di peringkat akhir iaitu mengumpulkan maklum balas awam.

"Apabila sijil halal peranti perubatan dilaksanakan nanti, antara yang akan menerima sijil halal itu ialah tulang sintetik yang dihasilkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Sirim," katanya kepada pemberita pada majlis prapelancaran Persidangan Halal Antarabangsa Malaysia 2018 di sini pada Khamis.

Katanya terdapat industri yang menunggu pensijilan halal peranti perubatan Jakim iaitu syarikat pengeluar bahan cecair yang digunakan dalam mesin dialisis.

Mengenai persidangan yang akan berlangsung dari 26 Mac hingga 3 April depan, Sirajuddin berkata lebih 900 peserta dari sekurang- kurangnya 42 negara dijangka menyertai persidangan itu.

Bertemakan 'Halal Connecting the World', persidangan itu melibatkan empat acara iaitu kursus 'Halal Professional Board', 'International Halal Capacity Development Programme', 'Halal Certification Bodies Convention' dan 'International Halal Authority Board General Assembly'.

Persidangan berkenaan merupakan platform yang paling sesuai untuk menjalinkan persefahaman antara badan-badan pensijilan halal seluruh dunia agar dapat mencapai kata sepakat dalam isu berkaitan perkhidmatan halal, katanya.

-- BERNAMA



Sumber Jakim perkenal pensijilan halal bagi peranti perubatan suku ketiga 2018


Demikianlah Artikel Jakim perkenal pensijilan halal bagi peranti perubatan suku ketiga 2018

Sekianlah artikel Jakim perkenal pensijilan halal bagi peranti perubatan suku ketiga 2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: