Bimbang PH tewas, PPBM tuntut empat lagi kerusi

Bimbang PH tewas, PPBM tuntut empat lagi kerusi - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Bimbang PH tewas, PPBM tuntut empat lagi kerusi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bimbang PH tewas, PPBM tuntut empat lagi kerusi
link : Bimbang PH tewas, PPBM tuntut empat lagi kerusi

Baca juga


Bimbang PH tewas, PPBM tuntut empat lagi kerusi

Sebahagian 40 anggota PPBM membantah terhadap keputusan agihan kerusi DUN PRU14 Negeri Sembilan pada Konvensyen PH 28 Januari 2018. — Foto BernamaSebahagian 40 anggota PPBM membantah terhadap keputusan agihan kerusi DUN PRU14 Negeri Sembilan pada Konvensyen PH 28 Januari 2018. — Foto BernamaSEREMBAN, 9 Feb — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan mendesak pucuk pimpinan tertinggi pusat Pakatan Harapan untuk mengadakan semula rundingan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Ketua Badan Pimpinan Negeri PPBM negeri Baharuddin Ahmad berkata dalam rundingan tersebut, parti tersebut akan menuntut empat lagi kerusi DUN, yang diyakininya boleh dimenangi.

“Yang kami akan tuntut ialah kerusi di Paroi, Ampangan, Labu dan Linggi, kerana ahli parti kami telah bekerja keras dengan mendekati pengundi-pengundi di kawasan tersebut.

“Maklum balas yang kami dapat ialah pengundi di sana hanya mahukan PPBM dan akan menolak calon PH jika diletakkan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Parti Amanah Negara (Amanah).

“Perkara yang berlegar di setiap sudut pemikiran ahli PPBM ialah mengapa dan kenapa susunan kerusi diagihkan tanpa ada rundingan sepenuhnya,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pemuda Ketua PPBM Negeri Sembilan Mohd Sharul Anuar Abu Samah dan Ketua Penerangan PPBM negeri Baharudin Abu Bakar.

Terdahulu, pada Konvensyen PH negeri yang lepas, Ketua Setiausaha Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan pembahagian kerusi DUN yang akan ditandingi semasa Pilihan Raya Umum akan datang.

PKR diperuntukkan 12 kerusi iaitu Jeram Padang, Sikamat, Ampangan, Juasseh, Pilah, Labu, Rantau, Chuah, Linggi, Port Dickson, Gemas dan Sungai Lui.

DAP pula akan bertanding di 11 kerusi iaitu Chennah, Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Senawang, Lukut dan Repah  manakala (Amanah)  diperuntukkan tujuh kerusi iaitu Serting, Johol, Lenggeng, Klawang, Paroi, Senaling dan Kota.

PPBM pula hanya diperuntukkan enam kerusi iaitu Palong, Seri Menanti, Chembong, Pertang, Gemencheh dan Bagan Pinang. — Bernama



Sumber Bimbang PH tewas, PPBM tuntut empat lagi kerusi


Demikianlah Artikel Bimbang PH tewas, PPBM tuntut empat lagi kerusi

Sekianlah artikel Bimbang PH tewas, PPBM tuntut empat lagi kerusi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: