Banjir Sarawak: Bomba pindahkan 1,298 mangsa ke pusat pemindahan sementara

Banjir Sarawak: Bomba pindahkan 1,298 mangsa ke pusat pemindahan sementara - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Banjir Sarawak: Bomba pindahkan 1,298 mangsa ke pusat pemindahan sementara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banjir Sarawak: Bomba pindahkan 1,298 mangsa ke pusat pemindahan sementara
link : Banjir Sarawak: Bomba pindahkan 1,298 mangsa ke pusat pemindahan sementara

Baca juga


Banjir Sarawak: Bomba pindahkan 1,298 mangsa ke pusat pemindahan sementara

KUCHING: Sehingga jam 5 petang tadi, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berjaya memindahkan seramai 1,298 mangsa yang terjejas banjir ke pusat pemindahan terdekat.

Penolong Pengarah Operasinya, Tiong Ling Hii berkata, jumlah itu adalah keseluruhan yang telah dipindahkan oleh pihak bomba sejak Sabtu lalu.

"Untuk hari ini setakat jam 5 petang, seramai 181 mangsa telah dipindahkan oleh bomba dimana 59 daripadanya adalah dalam kalangan murid sekolah.

“Pihak bomba membantu murid-murid yang terkandas di sekolah ini keluar daripada sekolah yang telahpun ditenggelami air.

"Bagaimanapun pihak bomba mengalami kesukaran untuk ke lokasi kerana terdapat beberapa jalan utama telah terputus akibat dinaiki air," ujarnya ketika dihubungi pihak Astro AWANI.

Keadaan banjir akan terus dipantau pihak berkuasa dari semasa ke semasa untuk menggerakkan bantuan sewajarnya. - JBPM

Tambah Tiong pihaknya melalui Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri juga memantau dari semasa ke semasa perkembangan mangsa-mangsa melalui laman sosial dan sentiasa bersiap siaga jika mendapat maklumat terbaharu mengenai mangsa-mangsa yang terjejas.

Manakala perkembangan mengenai keseluruhan mangsa yang dipindahkan, seramai 4,602 mangsa telah dipindahkan ke 25 pusat pemindahan sementara (PPS) berasingan seluruh negeri.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak turut melaporkan sebanyak 43 buah sekolah telah ditutup dimana 11 daripadanya telah dijadikan PPS.



Sumber Banjir Sarawak: Bomba pindahkan 1,298 mangsa ke pusat pemindahan sementara


Demikianlah Artikel Banjir Sarawak: Bomba pindahkan 1,298 mangsa ke pusat pemindahan sementara

Sekianlah artikel Banjir Sarawak: Bomba pindahkan 1,298 mangsa ke pusat pemindahan sementara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: