#AWANIRangers: Cerita di sebalik ranking Universiti Malaya

#AWANIRangers: Cerita di sebalik ranking Universiti Malaya - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang #AWANIRangers: Cerita di sebalik ranking Universiti Malaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : #AWANIRangers: Cerita di sebalik ranking Universiti Malaya
link : #AWANIRangers: Cerita di sebalik ranking Universiti Malaya

Baca juga


#AWANIRangers: Cerita di sebalik ranking Universiti Malaya

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) telah meneruskan legasi kecemerlangannya selepas berjaya berada di kedudukan ke 46 terbaik dalam Asia University Ranking pada tahun ini oleh Times Higher Education (THE).

Naib Canselornya, Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim menyifatkan kedudukan ini amat membanggakan dan usaha perlu diteruskan bagi meningkatkan mutu penyelidikan di UM.

"Kolaborasi amat penting kerana kita tidak dapat melakukan sesuatu perkara sendirian.

"Antara isu bagi Universiti Awam adalah kekangan kewangan.

"Jika mahukan dana kewangan, kita perlu buktikan dengan pencapaian," katanya ketika berucap dalam majlis Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2018 baru-baru ini.

Di sebalik kedudukan terbaik di Malaysia, ranking ini juga membawa ceritanya yang tersendiri.

Menurut Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat), Prof Dr Rofina Yasmin, keputusan ranking ini bagaikan keputusan peperiksaan buat pihak pengurusan universiti.

"Ia menjadi kayu ukur bagi usaha, pengujian strategi seterusnya memperbaiki diri kita agar dapat menyumbang lebih baik kepada negara dan dunia.

"Sekiranya terdapat kekurangan pada skor, kita perlu mengatur strategi dan jika berjaya, ini bermakna strategi itu berkesan,"katanya ketika ditemui AWANI Rangers UM.

Jelasnya, di samping membawa maruah negara di pentas antarabangsa, ranking universiti juga penting dalam membantu menggalakkan kehadiran pelajar antarabangsa untuk datang menyambung pengajian di Malaysia.

"Kajian mendapati ramai pelajar menggunakan ranking bagi menyemak reputasi sesebuah universiti sebelum melanjutkan pelajaran.

"Ranking dan reputasi ini juga perlu dijaga agar mendapat kepercayaan bukan sahaja daripada kerajaan tetapi juga pihak industri dan antarabangsa untuk kolaborasi dan memohon geran," katanya.

Lima perkara diukur THE dalam menyenaraikan ranking universiti seluruh dunia, antaranya ialah pengajaran, penyelidikan, sumbangan kertas kerja (sitasi), pendapatan industri dan pandangan antarabangsa.
_______________________________________________________________________________
*Laporan ini disediakan AWANI Rangers Universiti Malaya, Nur Zafirah Zapri.

*Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

**AwaniRangers UM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaya melalui UM Cares.



Sumber #AWANIRangers: Cerita di sebalik ranking Universiti Malaya


Demikianlah Artikel #AWANIRangers: Cerita di sebalik ranking Universiti Malaya

Sekianlah artikel #AWANIRangers: Cerita di sebalik ranking Universiti Malaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: