Judul : Amanah sambung hayat Umno, kata presiden PAS
link : Amanah sambung hayat Umno, kata presiden PAS
Amanah sambung hayat Umno, kata presiden PAS
Hadi berharap kerajaan segera menyiasat isu Memali dengan telus dan beliau pula sedia memberi keterangan. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 18 Feb ― Parti Amanah Negara (Amanah) wujud untuk memecah-belahkan umat Islam, undi Melayu dan memberi talian hayat kepada Umno, kata presiden PAS.
“Kalau PAN (Amanah) mahu masuk lawan Umno, kenapa sibuk masuk kerusi PAS yang menjadi tradisi pertandingan Umno-PAS sejak puluhan tahun?” katanya.
“PAN adalah hasil ijtihad yang salah daripada campur tangan pihak luar terhadap politik Malaysia dan mendapat sokongan DAP yang mulanya untuk menggantikan PAS tetapi sekarang laksana melukut di tepi gantang sahaja,” kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian dalam satu wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini mengenai sejauh mana kehadiran Amanah memberi kesan kepada PAS.
Hadi mengakui PAS beberapa kali berdepan perpecahan ahlinya, yang kemudian membentuk parti serpihan sejak 1960-an lagi.
“Parti Imam, parti Islah, [pada] 1970-an, Parti Berjasa, [pada] 1980-an, parti Hamim, itu pecahan PAS, yang semuanya ditenggelam zaman.
“Sebahagian besar daripada mereka kembali semula kepada PAS. Sepatutnya mereka mengambil iktibar sejarah lama ini.
“Mungkin mereka ini orang baru, tidak tahu cerita lama,” kata naib ketua Kesatuan Ulama Sedunia.
Menjawab soalan mengenai suruhanjaya diraja isu Memali, Hadi berharap kerajaan segera menyiasat isu itu dengan telus dan beliau pula sedia memberi keterangan.
“Kerana kita lihat ia dimainkan sejak sekian lama untuk kepentingan politik pihak tertentu sehingga menafikan hak keluarga mangsa Memali dan juga anggota polis,” katanya.
Menurutnya lagi, beliau juga telah menulis beberapa buku berkaitan isu amanat dan kafir mengkafir, yang telah disiasat oleh Majlis Agama Islam negeri dan pusat.
Sumber Amanah sambung hayat Umno, kata presiden PAS