5,000 puas sambil bergoyang kepala

5,000 puas sambil bergoyang kepala - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 5,000 puas sambil bergoyang kepala, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 5,000 puas sambil bergoyang kepala
link : 5,000 puas sambil bergoyang kepala

Baca juga


5,000 puas sambil bergoyang kepala

Usah dibuat perbandingan antara kumpulan XPDC dibarisi Mael, Zuar, Amy dan Jeff dengan kumpulan Cromok (Karl, Sam, Shah dan Miji) yang bergabung menjayakan persembahan Metal Legends Live In Concert yang berlangsung di MAEPS, Serdang, malam minggu lalu.

Masing-masing ada keistimewaan tersendiri ketika beraksi. Apatah lagi, peminat kedua-dua kumpulan heavy metal ini tidak menjadikan ia isu besar kerana mereka tetap boleh ‘layan’ rangkaian lagu yang didendangkan pada konsert itu.

XPDC yang mengakui pertama kali beraksi dalam persembahan sebesar itu ternyata melakukan persediaan rapi.

Kira-kira 5,000 peminta mula bersorak apabila kumpulan yang pernah bergelar ‘raja funfair’ itu naik ke atas pentas tepat jam 9.15 malam.

Dengan sedikit intro persembahan, Mael dan rakan kemudian menyampaikan lagu Bahalol, Penyakit Gatal, Jangan Tak Mandi, Nafisa, Raja Kertas dan John Jenin.

Mereka turut menggegarkan pentas dengan lagu Hamba Abdi, Selendang Merdeka dan Kita Pengyu.

Sistem bunyi jenama ‘64 sub-bass’ berharga RM400,000 yang diguna pakai penganjur, Dreamstage sememangnya memukau kerana permainan muzik dan lontaran vokal Mael boleh dinikmati dengan jelas oleh peminat sehingga di bahagian belakang lokasi konsert.

Gabungan lagu perlahan dan rancak mengundang keseronokan buat peminat yang hadir. Seperti biasa, aksi goyang kepala akan dilakukan apabila Mael menyampaikan lagu rancak.

Semua anggota XPDC hebat beraksi pada posisi masing-masing, manakala Mael juga bijak berkomunikasi dengan peminatnya.

Seperti persembahan mereka sebelum ini, Mael menampilkan anaknya, Affil sebagai penyanyi pengiring.

Sebaik persembahan XPDC berakhir, peminat diberi sedikit masa untuk merehatkan diri sebelum kembali mengambil tempat untuk menikmati persembahan Cromok.

Tiada perkataan lain yang mampu dizahirkan kecuali pujian terhadap Cromok yang menampilkan persembahan mantap.

Pengalaman luas mereka dimanfaatkan sepenuhnya dengan persembahan yang memukau peminat. Tidak hairanlah mengapa mereka terus diminati dan dihormati peminat sehingga kini.

Sam walaupun kian berusia, masih mampu melontarkan vokal metalnya tanpa ‘pancit’. Begitu juga permainan muzik anggota lain yang punya skil tersendiri.

Keterujaan menyaksikan persembahan mereka membuatkan peminat tidak berganjak walaupun sudah larut malam.

Lagu yang ditampilkan antaranya Misty 2, The Other, Journey, Memories, Another You, Final Ticking, Little One, I Don’t Belong Here, Unicorn dan Obsessed.

Persembahan sepatutnya berakhir pada jam 12 tengah malam tetapi bonus diberikan kepada peminat dengan kolaborasi kedua-dua kumpulan itu menyampaikan instrumental Bahalol dan Ulek Mayang. Pentas akhirnya ditutup pada jam 12.45 malam.



Sumber 5,000 puas sambil bergoyang kepala


Demikianlah Artikel 5,000 puas sambil bergoyang kepala

Sekianlah artikel 5,000 puas sambil bergoyang kepala kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.