‘Wira’ PPIM didakwa bersubahat melakukan khianat potong kunci pagar dan ceroboh AGR

‘Wira’ PPIM didakwa bersubahat melakukan khianat potong kunci pagar dan ceroboh AGR - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang ‘Wira’ PPIM didakwa bersubahat melakukan khianat potong kunci pagar dan ceroboh AGR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Wira’ PPIM didakwa bersubahat melakukan khianat potong kunci pagar dan ceroboh AGR
link : ‘Wira’ PPIM didakwa bersubahat melakukan khianat potong kunci pagar dan ceroboh AGR

Baca juga


‘Wira’ PPIM didakwa bersubahat melakukan khianat potong kunci pagar dan ceroboh AGR

PENGARAH Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Muhamad Yusof Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM Ali Salimin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini, atas pertuduhan bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar dan menceroboh Stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Julai lalu.

Kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Yusuf, 27, dan Ali, 50, didakwa bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Lot 1926A, Sungai Sikamat, Jalan Cheras Batu 13, Kajang pada 3.30 petang, 10 Julai lalu.

Bagi perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan niat bersama melakukan pencerobohan jenayah di tempat sama, antara 3.30 petang sehingga 7.30 malam, hari sama.

Bagi perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mereka dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM5,000 dan mahkamah menetapkan 24 November untuk sebutan semula.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Tharih Afendi.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber ‘Wira’ PPIM didakwa bersubahat melakukan khianat potong kunci pagar dan ceroboh AGR


Demikianlah Artikel ‘Wira’ PPIM didakwa bersubahat melakukan khianat potong kunci pagar dan ceroboh AGR

Sekianlah artikel ‘Wira’ PPIM didakwa bersubahat melakukan khianat potong kunci pagar dan ceroboh AGR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :