“Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya” – Sifat manja Uqasha punca Hefny Sahad terpikat

“Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya” – Sifat manja Uqasha punca Hefny Sahad terpikat - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya” – Sifat manja Uqasha punca Hefny Sahad terpikat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya” – Sifat manja Uqasha punca Hefny Sahad terpikat
link : “Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya” – Sifat manja Uqasha punca Hefny Sahad terpikat

Baca juga


“Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya” – Sifat manja Uqasha punca Hefny Sahad terpikat

PENGACARA dan pelakon Hefny Sahad kini lebih terbuka untuk berkongsi mengenai hubungan rapat dia dengan pelakon Uqasha Senrose.

 

 

"Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya" - Sifat manja Uqasha punca Hefny Sahad terpikat

“Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya” – Sifat manja Uqasha punca Hefny Sahad terpikat

 

Hefny, 30, berkata dia mengenali pelakon wanita itu semenjak tiga tahun lalu namun hubungan mereka terjalin pada penghujung tahun lepas.

“Hubungan saya dengan Uqasha rapat sejak penghujung tahun lalu. Apa yang saya boleh katakan saya hanya keluar dengan dia dan tidak ada wanita lain.

“Kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak tiga tahun lalu namun pada penghujung tahun lalu saya mula rapat dengan dia,” kata Hefny kepada mStar Online.

 

Hefny selesa dengan Uqasha dan terpikat dengan sikap manjanya.

Hefny ditemui ketika majlis sidang media pengumuman 30 buah lagu yang akan bertanding di separuh akhir Muzik-Muzik 32 di Dewan Tun Hussien Onn, PWCT, pada Selasa.

Menurut Hefny lagi, sikap Uqasha yang mementingkan keluarga, bertanggungjawab dan manja membuatkan hatinya terpikat.

Malah, dia mengakui kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini mempunyai ciri-ciri wanita idamannya.

“Saya lihat Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya terlebih dahulu. Cara dia melayan dan menjaga adik-beradiknya membuatkan saya terpikat.

“Boleh dikatakan dia seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya. Malah, Uqasha juga seorang yang manja,” ujarnya.

Bagaimanapun, Hefny tidak ada perancangan lagi untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius.

“Buat masa sekarang ini, saya tak boleh nak kata apa-apa lagi. Kami pun tidak ada perancangan untuk ke peringkat seterusnya.

“Insya-Allah kalau ada jodoh saya dan Uqasha. Harap semua doa yang baik-baik untuk kami berdua” katanya.

Hefny lebih mengutamakan bidang pengacaraan berbanding lakonan.

Dalam perkembangan lain, Hefny masih memberi keutamaan dalam bidang pengacaraan berbanding berlakon.

Namun, dia tidak akan berhenti berlakon dan hanya mengambil tawaran drama yang sesuai dengan jadualnya.

“Bidang pengacaraan ini memang keutamaan saya sejak awal memasuki dunia seni lagi. Tapi tidaklah saya berhenti daripada berlakon.

“Kalau ada tawaran yang sesuai dengan jadual saya pasti akan terima,” kata pengacara program Muzik-Muzik 32 ini.

Selain Hefny, Uqasha juga pernah digosipkan bercinta dengan Syafiq Kyle dan bekas kekasih Pekin Ibrahim.

Sumber: Mstar

 



Sumber “Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya” – Sifat manja Uqasha punca Hefny Sahad terpikat


Demikianlah Artikel “Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya” – Sifat manja Uqasha punca Hefny Sahad terpikat

Sekianlah artikel “Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya” – Sifat manja Uqasha punca Hefny Sahad terpikat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :