Judul : Tidak Lagi Kempunan Makan Pulut Kuning, Nasi Kerabu Bersama Mornings@Mesra
link : Tidak Lagi Kempunan Makan Pulut Kuning, Nasi Kerabu Bersama Mornings@Mesra
Tidak Lagi Kempunan Makan Pulut Kuning, Nasi Kerabu Bersama Mornings@Mesra
Pengemar pulut kuning bersama rendang ayam juga boleh mendapatkan makanan istimewa ini hanya di kedai Mesra Petronas. (Gambar: Adelia Amin)
Oleh kerana kesuntukan masa, ramai di antara kita yang selalu ‘skip’ sarapan pagi dan membiarkan perut kosong sampai ke tengah hari. Malah, rutin harian yang kerap mengambil makanan pada lewat malam hari menyebabkan seseorang itu tidak merasa lapar pada pagi keesokkannya.
Walau apa pun alasannya, sarapan adalah perkara paling penting dan membantu memulakan hari yang sihat. Tidak mengambil sarapan yang secukupnya boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Justeru, atas inisiatif menggalakkan orang ramai mengambil sarapan pagi, Petronas Dagangan Berhad (PDB) meneruskan kempen Mornings@Mesra kepada pelanggan stesen Petronas dengan memperkenalkan sajian set kombo sarapan pagi pada harga RM5.
SIAPA PEMINAT NASI KERABU?
Kombo sarapan pagi itu ditawarkan di 450 stesen Petronas yang terbabit di seluruh negara. Hanya membayar RM5, pelanggan dapat menikmati minuman milo dan satu sajian pilihan sama ada nasi kerabu, mi goreng, mihun goreng selain nasi lemak dan nescafe.
Ketua Jabatan Pemasaran Bahagian Perniagaan Runcit, PDB, Abang Jimmy Abang Mordian berkata, Morning@Mesra diperkenalkan bertujuan untuk menyediakan pilihan sarapan yang cepat pada harga berpatutan kepada pelanggan terutama pekerja dan ibu bapa.
“Sajian yang disediakan untuk Mornings@Mesra disediakan oleh vendor terpilih bagi memastikan pelanggan dapat menikmati sarapan berkualiti.
“Sajian ini berbeza di setiap lokasi mengikut citarasa pelanggan. Antara yang popular disediakan seperti nasi lemak Presint 9 Putrajaya dan nasi lemak Sri Hartamas.
“Bagi sesetengah tempat mungkin nasi kerabu atau pulut kuning dan menu ini disediakan bergantung kepada permintaan,” katanya pada pelancaran Mornings@Mesra fasa kedua di stesen Petronas Sungai Besi, hari ini.
Morning@Mesra diperkenalkan pada Mac lalu hanya membabitkan nasi lemak dan minuman Nescafe membabitkan 250 stesen sahaja.
BANTU USAHAWAN
Berikutan sambutan menggalakkan, PBD memperkenalkan fasa kedua dengan menyediakan lebih banyak pilihan menu, sekali gus membantu golongan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan mereka dan meningkatkan pendapatan masing-masing.
Bermula sekarang sehingga 15 November, pelanggan yang membeli lima set kombo Mornings@Mesra akan menerima 10 peratus diskaun baucar Lazada sehingga RM15. Pelanggan Digi juga boleh membeli set kombo pada harga 99 sen dengan memuat turun Superdeal menerusi aplikasi MyDigi.
Sumber Tidak Lagi Kempunan Makan Pulut Kuning, Nasi Kerabu Bersama Mornings@Mesra