"Tiada campur tangan" - Bellew jelaskan mengapa beliau tinggalkan MAB

"Tiada campur tangan" - Bellew jelaskan mengapa beliau tinggalkan MAB - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang "Tiada campur tangan" - Bellew jelaskan mengapa beliau tinggalkan MAB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Tiada campur tangan" - Bellew jelaskan mengapa beliau tinggalkan MAB
link : "Tiada campur tangan" - Bellew jelaskan mengapa beliau tinggalkan MAB

Baca juga


"Tiada campur tangan" - Bellew jelaskan mengapa beliau tinggalkan MAB

KUALA LUMPUR: Ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB) Peter Bellew akhirnya memberi reaksi mengenai tindakannya meninggalkan MAB dan menyertai semula majikan lamanya, Ryanair.

Bellew hari ini dalam satu kenyataan peribadi yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp kepada pihak media menjelaskan mengapa beliau bertindak keluar dari MAB.

Bellew berkata ‘cinta kepada negara’ mendorong beliau untuk kembali semula ke Ryanair, sambil menambah bahawa syarikat penerbangan itu memerlukan bantuannya dalam menghadapi "cabaran yang lebih besar" di masa hadapan.

“Jadi mengapa saya pergi? Negaraku. Saya masih sayang kepada negara saya. Dan ini memaksa saya pulang ke Ireland.

"Saya terima panggilan daripada Ryanair pada lewat malam dua minggu lalu untuk melantik saya sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).

"Ryanair ialah syarikat terbaik di Ireland. Mereka memerlukan pertolongan saya dan cabaran yang dilemparkan adalah tinggi,” katanya.

Pengumuman dari syarikat penerbangan Ireland di London Stock Exchange pada Selasa mengesahkan bahawa Bellew akan menyertai semula Ryanair sebagai COO.

Dalam kenyataan itu juga, Bellew menyarankan agar jenama Malaysia Airlines tidak diubah.

“Terlalu banyak telah dibuat di media global dan juga agensi pelancongan serata dunia untuk membina warisan ini. Pelanggan sayang dengan Malaysia Airlines.

Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa kejayaan MAS akan tercapai tidak lama lagi.

“Ia memerlukan hanya 4 ke 5 peratus penambahbaikan dalam pendapatan agar syarikat ini mencapai keuntungan. Bukan mudah, tetapi di suku kedua, pendapatan naik sebanyak 7 peratus.

"Rakyat boleh lihat sendiri produk Malaysia Airlines semakin pulih. Pesawat lebar baharu, lounge baharu, program loyalti baharu, laman web baharu, operasi di Kuala Lumpur yang lebih mantap,” katanya.

Bagaimanapun, bahagian terpenting daripada kenyataan Bellew adalah menangkis laporan yang mendakwa ada campur tangan kerajaan dalam tugasnya.

"Biar saya jelaskan. Khazanah adalah syarikat pelaburan Malaysia yang dikaitkan dengan Kerajaan. Mereka telah menyokong saya secara peribadi dan korporat. Tiada campur tangan berlaku,” katanya.

BACA: 'Mengapa saya pergi? Negaraku. Saya masih sayang kepada negara saya' - Peter Bellew



Sumber "Tiada campur tangan" - Bellew jelaskan mengapa beliau tinggalkan MAB


Demikianlah Artikel "Tiada campur tangan" - Bellew jelaskan mengapa beliau tinggalkan MAB

Sekianlah artikel "Tiada campur tangan" - Bellew jelaskan mengapa beliau tinggalkan MAB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :