Sports Direct lancar cawangan ke-28 di Bukit Bintang

Sports Direct lancar cawangan ke-28 di Bukit Bintang - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sports Direct lancar cawangan ke-28 di Bukit Bintang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sports Direct lancar cawangan ke-28 di Bukit Bintang
link : Sports Direct lancar cawangan ke-28 di Bukit Bintang

Baca juga


Sports Direct lancar cawangan ke-28 di Bukit Bintang

KUALA LUMPUR: Bersukan atau menjalani aktiviti sihat bukan lagi satu perkara asing di Malaysia.

Ini terbukti apabila semakin banyak kedai-kedai peralatan dan kelengkapan sukan dibuka, selain semakin banyak kelab larian dan kumpulan senaman ditubuhkan di negara ini.

Bagi memenuhi kehendak dan keperluan golongan ini, gedung peralatan sukan terkemuka antarabangsa, Sports Direct Malaysia telah membuka sebuah cawangan baharu lima tingkat di Bukit Bintang, ibu negara.

Ia merupakan cawangan ke-28 Sports Direct di Malaysia sejak ia mula bersaing dalam pasaran barangan sukan di negara ini pada 2011.

Menurut Pengarah Urusan SportsDirect.com di Malaysia, Paul Gibbons, rakyat Malaysia tanpa mengira usia kini berminat menyertai aktiviti sukan berkumpulan seperti berbasikal, berlari, mendaki bukit dan juga aktiviti kecergasan yang lain.

“Kami melihat ada permintaan untuk kualiti kehidupan yang lebih baik dengan penekanan kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup yang menyumbang kepada peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti sukan.

“Menjadi aktif bukan lagi dianggap satu perkara yang remeh tetapi telah berkembang menjadi kegiatan yang bersifat inklusif yang dilakukan bersama dengan keluarga, sahabat dan jiran tetangga," kata Gibbons semasa pelancaran cawangan ke-28 Sports Direct Malaysia di Bukit Bintang pada Isnin.

Kejayaan Malaysia muncul juara Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur juga dijangka menyemarakkan lagi semangat rakyat Malaysia untuk terus bersukan dan menjadi aktif hasil inspirasi dari atlet-atlet negara.

Pelancaran Sports Direct Malaysia oleh Gibbons di Bukit Bintang turut disaksikan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Vicki Treadell, Pengerusi InvestKL, Datuk Seri Michael K C Yam dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar.

Sports Direct yang berpangkalan di United Kingdom  adalah kumpulan peruncitan British yang diasaskan pemilik kelab bola sepak Newcastle United, Mike Ashley.



Sumber Sports Direct lancar cawangan ke-28 di Bukit Bintang


Demikianlah Artikel Sports Direct lancar cawangan ke-28 di Bukit Bintang

Sekianlah artikel Sports Direct lancar cawangan ke-28 di Bukit Bintang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :