Reman SPRM tidak gugat setia pada Umno

Reman SPRM tidak gugat setia pada Umno - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Reman SPRM tidak gugat setia pada Umno, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Reman SPRM tidak gugat setia pada Umno
link : Reman SPRM tidak gugat setia pada Umno

Baca juga


Reman SPRM tidak gugat setia pada Umno

Yusof ditahan SPRM pada 17 Oktober lalu dan direman bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar. Yusof ditahan SPRM pada 17 Oktober lalu dan direman bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar. KOTA KINABALU, 25 Okt — Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal tetap setia kepada Umno, walaupun telah direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana pembangunan luar bandar.

Beliau juga melafazkan ikrar taat setia untuk menyokong kepimpinan parti Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk terus memperjuangkan Umno.

“Saya sentiasa bersama Umno dan akan terus kekal dengan Umno.

“Saya akan sentiasa bersama kepimpinan parti (Najib), pengerusi perhubungan negeri (Musa) dan rakan-rakan lain untuk memenangi pilihan raya akan datang,” katanya pada satu sidang akhbar khas di sini hari ini mengenai pembebasannya daripada tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Mohd Yusof mengadakan sidang akhbar itu di sebuah pusat perubatan swasta di sini di mana beliau dimasukkan ke wad sejak semalam bagi rawatan masalah buasir yang dialaminya.

Beliau turut berterima kasih kepada penyokongnya dan menasihatkan agar tidak terpengaruh dengan dakyah politik mana-mana pihak mengenai penahanannya itu.

Mohd Yusof turut menghargai tanggungjawab yang dijalankan SPRM untuk menyiasat dan mencari penjelasan kepada kes itu yang melibatkan dana untuk pembangunan rakyat di luar bandar.

Sambil menyatakan keengganannya untuk mendedahkan siasatan SPRM terhadapnya, beliau berkata suruhanjaya itu telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan profesional.

“Semasa dalam tahanan, mereka (SPRM) telah melayan saya dengan baik dan mesra dan memberi saya peluang ketika saya memerlukan rawatan kesihatan sebanyak dua kali.

“Mereka bertindak profesional dan tiada yang mereka lakukan di luar Prosedur Operasi Standard (SOP) SPRM,” katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan abangnya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang turut ditahan SPRM, beliau menjawab: “Kami adalah adik beradik. Tidak ada masalah tentang itu”.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan walaupun tidak sependapat dengan Mohd Shafie mengenai hal politik, hubungan mereka sebagai adik-beradik tidak terjejas.

Mohd Yusof, yang juga Ketua Umno Bahagian Silam, ditahan SPRM pada 17 Oktober lalu dan direman sejak 18 Oktober bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Beliau dibebaskan pada Isnin (23 Oktober) lepas dengan ikat jamin SPRM RM100,000 dengan RM 50,000 deposit berserta dua penjamin tempatan. — Bernama



Sumber Reman SPRM tidak gugat setia pada Umno


Demikianlah Artikel Reman SPRM tidak gugat setia pada Umno

Sekianlah artikel Reman SPRM tidak gugat setia pada Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :