Judul : Rahmad Mega jual keropok lekor sara keluarga
link : Rahmad Mega jual keropok lekor sara keluarga
Rahmad Mega jual keropok lekor sara keluarga
Bekas vokalis kumpulan Mega, Rahmad atau nama sebenarnya Rahmad Tohak, 48, kini menjalankan bisnes keropok lekor bagi menyara kehidupannya.
Finalis Gegar Vaganza musim pertama itu memberitahu, dia menceburi perniagaan tersebut sejak dua tahun lalu memandangkan terdapat permintaan yang tinggi di sekitar Lembah Klang.
“Keropok lekor berkenaan dibuat khas di kilang milik saya sendiri di Dungun, Terengganu. Jadi, saya berani jamin akan keaslian dan keenakan rasanya kerana warga tempatan yang menghasilkannya.
“Di bawah jenama Premier Leko, terdapat beberapa variasi perisa dihasilkan iaitu asli, kari, keju, lada hitam dan tandori,” katanya kepada Utusan Online.
Rahmad menambah, premis perniagaan terletak di The Place, Damansara Perdana, Petaling Jaya dan pelanggan yang mahu membeli produknya amatlah dialu-alukan datang ke kedainya.
Malah menurutnya, pelanggan bukan sekadar boleh membeli secara runcit, bahkan boleh menempah secara pukal dan perkhidmatan penghantaran juga disediakan.
“Keropok lekor bukan sahaja digemari penduduk Pantai Timur, tetapi juga menjadi makanan kegemaran seluruh Malaysia.
“Bagaimanapun, di luar Terengganu, sukar untuk mendapatkan bekalan berterusan jika ada peniaga kecil-kecilan mahu mengusahakan penjualan makanan tradisi itu.
“Sekurang-kurangnya menerusi perniagaan ini, saya dapat menambah pendapatan bagi menyara kehidupan dan keluarga,” ujarnya yang masih aktif menyanyi.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Rahmad Mega jual keropok lekor sara keluarga