PTPTN yakin konsisten beri dividen empat peratus pada pemegang akaun SSPN-i

PTPTN yakin konsisten beri dividen empat peratus pada pemegang akaun SSPN-i - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang PTPTN yakin konsisten beri dividen empat peratus pada pemegang akaun SSPN-i, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PTPTN yakin konsisten beri dividen empat peratus pada pemegang akaun SSPN-i
link : PTPTN yakin konsisten beri dividen empat peratus pada pemegang akaun SSPN-i

Baca juga


PTPTN yakin konsisten beri dividen empat peratus pada pemegang akaun SSPN-i

KULIM: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yakin dapat mengekalkan secara konsisten pemberian dividen sebanyak empat peratus kepada 2.7 juta penyimpan akaun SSPN-i.

Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya juga menyasarkan pemberian dividen lebih tinggi pada tahun ini dalam usaha menjadikan tabiat menabung sejak usia muda sebagai amalan untuk pendidikan.

"Pada tahun lalu, kita secara konsisten berjaya memberi sebanyak empat peratus dividen dan ia lebih tinggi berbanding mana-mana institusi kewangan yang menawarkan skim yang sama. Ini kerana kita bukan saja bertindak sebagai pemberi pinjaman dan mengutip hutang tetapi melakukan lebih daripada itu untuk memastikan pendeposit mendapat faedah daripada tabungan mereka," katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Parlimen Kulim/Bandar Baharu di sini pada Jumaat.

PTPTN, katanya, turut berharap dapat mencapai sasaran 350,000 akaun baharu dengan 500 juta pendeposit pada tahun ini secara mempergiatkan kempen agar SSPN-I menjadi pilihan orang ramai sebagai simpanan pendidikan.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata peratusan pembayaran balik melalui kaedah potongan gaji yang dilakukan sejak 2015 semakin meningkat dan diterima baik oleh peminjam.

"Saya tiada angka yang tepat bagi tahun ini namun apa yang pasti, peratusannya semakin bertambah dari tahun ke tahun dan kita masih meneruskan pemberian diskaun 10 peratus kepada pembayaran melalui potongan gaji dengan harapan lebih ramai peminjam menggunakan kaedah ini untuk membuat pembayaran," katanya.

Dalam pada itu, Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di sini menyaksikan seramai 300 pelajar menerima bantuan untuk membuka akaun SSPN-i, 300 penerima daripada golongan kurang berkemampuan menerima barangan keperluan harian dan 10 buah rumah terpilih untuk dibaiki sistem pendawaian elektrik oleh pelajar GiatMara.

-- BERNAMA



Sumber PTPTN yakin konsisten beri dividen empat peratus pada pemegang akaun SSPN-i


Demikianlah Artikel PTPTN yakin konsisten beri dividen empat peratus pada pemegang akaun SSPN-i

Sekianlah artikel PTPTN yakin konsisten beri dividen empat peratus pada pemegang akaun SSPN-i kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :