Penganjur Ekpo Kerjaya tukar nama FB jadi ‘Cuti Cuti Malaysia’

Penganjur Ekpo Kerjaya tukar nama FB jadi ‘Cuti Cuti Malaysia’ - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Penganjur Ekpo Kerjaya tukar nama FB jadi ‘Cuti Cuti Malaysia’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penganjur Ekpo Kerjaya tukar nama FB jadi ‘Cuti Cuti Malaysia’
link : Penganjur Ekpo Kerjaya tukar nama FB jadi ‘Cuti Cuti Malaysia’

Baca juga


Penganjur Ekpo Kerjaya tukar nama FB jadi ‘Cuti Cuti Malaysia’

Selepas menutup laman Facebook gara-gara dikecam netizen, penganjur Ekpo Kerjaya Terbesar Zon Utara 2017, Jobsifu.com Malaysia kini didakwa menukar nama laman media sosial tersebut.

Netizen yang berang dengan tindakan penganjur expo kerjaya yang menawarkan lebih 5,000 jawatan melibatkan syarikat terkemuka negara itu berkongsi paparan skrin yang menunjukkan laman Facebook Jobsifu.com Malaysia ditukar kepada Cuti Cuti Malaysia.

@ Nasir Al-Helmy berkata:”Setelah mengaut wang dari siswazah dan anak muda yang tidak bekerja. Kini mereka mengajak pergi bercuti.”

@ Mohd Farhan Madzlan berkata:”Sudahla kita susah, ditipu pula kita.”

@ Aishah Azmi berkata:”Jobsifu.com Malaysia tukaq jadi cuti-cuti Malaysia noh.”

Terdahulu, Jobsifu.com Malaysia dikecam selepas seorang gadis mendedahkan pengalamannya umpama indah khabar dari rupa semasa menghadiri ekpo tersebut.

Gadis yang hanya ingin dikenali sebagai Awin mendakwa kunjungannya ke expo sebenarnya sesuatu yang sia-sia dan tidak seperti yang diharapkan.

Baca artikel sebelum: Expo Kerjaya sia-sia: “Beratur 2 jam, kena beli pula borang RM10 setiap satu, 5 borang kena beli sekurang-kurangnya”

Tindakan penganjur yang menjual borang permohonan kerja yang berharga RM10 setiap satu kepada graduan yang hadir disifatkan sebagai penipuan yang dilakukan secara halus demi mengaut keuntungan.

Jika pada Sabtu, hotel di Alor Setar, Kedah menjadi lokasi penganjuran ekpo tersebut yang dibanjiri ribuan graduan, berbeza pula situasinya pada Ahad.

Menurut Facebook Aduan Rakyat Kedah, jalan masuk ke persimpangan hotel tersebut bertukar lenggang pada Ahad.

“Jika tengahari Sabtu untuk masuk ke simpang ** Hotel pun sesak panjang, hari ini (Ahad) nampaknya lenggang. Untuk rekod Expo Kerjaya anjuran Jobsifu.com Malaysia berlangsung dua hari iaitu pada 30 September dan 1 Oktober,” tulisnya.

Sehingga berita ini ditulis, usaha mStar Online untuk mendapatkan reaksi balas pihak penganjur ekpo tersebut tidak berhasil.

Panggilan ke nombor telefon bimbit yang disediakan pada iklan promosi ekpo tersebut dan mesej pesanan menerusi WhatsApp juga tidak dijawab.

Sumber: Mstar



Sumber Penganjur Ekpo Kerjaya tukar nama FB jadi ‘Cuti Cuti Malaysia’


Demikianlah Artikel Penganjur Ekpo Kerjaya tukar nama FB jadi ‘Cuti Cuti Malaysia’

Sekianlah artikel Penganjur Ekpo Kerjaya tukar nama FB jadi ‘Cuti Cuti Malaysia’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :