Pengamal media Terengganu tawan puncak Rante Mario

Pengamal media Terengganu tawan puncak Rante Mario - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pengamal media Terengganu tawan puncak Rante Mario, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengamal media Terengganu tawan puncak Rante Mario
link : Pengamal media Terengganu tawan puncak Rante Mario

Baca juga


Pengamal media Terengganu tawan puncak Rante Mario

KUALA LUMPUR: Dua wakil Astro AWANI Terengganu merupakan antara 12 pendaki yang berjaya menawan puncak Rante Mario Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan, Indonesia, dalam satu ekspedisi enam hari baru-baru ini.

Dalam ekspedisi yang dinamakan Terengganu De Latimojong itu, jurukamera Yusof Mohd Ali dan wartawan Nur Fazlizai Ali berjaya merealisasikan misi tersebut bersama 10 pengamal media lain dari pelbagai agensi di Terengganu.

Mengharungi perjalanan menaiki bas dan berhimpit dalam lori kira-kira 11 jam ke Desa Karangan, ketahanan mental dan fizikal merupakan kekuatan sebelum memulakan misi pendakian pada Selasa lepas.

Dengan kesungguhan dan semangat berpasukan, kesemua 12 peserta berjaya menawan puncak gunung setinggi 3,478 meter pada keesokkan harinya yang memakan masa 31 jam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu merangkap ketua ekspedisi, Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata, beliau memikul tanggungjawab besar bagi memastikan kesemua peserta berada dalam keadaan selamat.

"Bukan mudah untuk mengendalikan 11 peserta pendakian ini kerana ada di antara mereka tidak mempunyai pengalaman dengan aktiviti pendakian altitud tinggi.

"Namun dengan semangat berpasukan dan kerjasama, kesemua pendaki berjaya mengharungi cabaran," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.

Bagi Yusof, pengalaman merakam gambar sambil mendaki bukan sesuatu perkara mudah untuk dilakukan kerana terpaksa meredah laluan berliku dengan suhu yang mencecah empat darjah celcius.

"Pengalaman memikul kelengkapan penggambaran dengan memanjat laluan curam kira-kira 80 darjah bukan satu yang mudah. Namun, berkat keazaman ingin merakam gambar terbaik saya berjaya mengharunginya," katanya.

Bagi juruhebah Terengganu FM, Marina Ahmad berkata, aktiviti pendakian merupakan satu aktiviti mencabar selain memerlukan ketahanan fizikal, mental dan stamina yang tinggi.

Marina yang merupakan antara pendaki Everest wanita pertama negara juga kagum dengan semangat yang ditunjukkan rakan media lain sepanjang ekspedisi itu walaupun terpaksa mengharungi kira-kira 11 jam perjalanan untuk sampai ke Desa Karangan.

Sejarah media Terengganu terpahat di Gunung Latimojong yang terletak di daerah Kabupaten Enrekang 351km dari Bandar Makassar, Sulawesi Selatan selepas berjaya menawan puncak tersebut pada 4 Oktober lepas kira-kira jam 12 tengah hari.

"Namun dengan semangat berpasukan dan kerjasama kesemua pendaki kita berjaya harunginya selepas merentasi pelbagai cabaran dan halangan," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.

Bagi jurukamera Astro AWANI, Yusof Mohd Ali merakam gambar sambil mendaki bukanlah perkara yang mudah untuknya dengan terpaksa meredah laluan berliku dengan suhu yang mencecah empat darjah celcius.

"Selain ingin merakam gambar yang terbaik dengan peralatan dan bebanan yang dipikul serta terpaksa memanjat laluan yang mencecah 80 darjah ketinggian," katanya.

Juruhebah Terengganu FM, Marina Ahmad berkata walaupun telah lama berjinak dalam aktiviti pergunungan ini namun misi yang terpikul di bahu para media ini bukannya mudah.

Pendaki Everest wanita pertama negara itu berkata selain terpaksa mengharungi laluan yang berliku para pendaki juga perlu berperang dengan keadaan cuaca yang sejuk.

"Semestinya ketahanan fizikal,mental dan stamina yang tinggi perlu sebelum memulakan pendakian para peserta terpaksa menaiki bas serta berhimpit dalam lori kira-kira 11 jam untuk sampai ke Desa Karangan sebelum memulakan pendakian keesokannya," katanya.



Sumber Pengamal media Terengganu tawan puncak Rante Mario


Demikianlah Artikel Pengamal media Terengganu tawan puncak Rante Mario

Sekianlah artikel Pengamal media Terengganu tawan puncak Rante Mario kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: