Judul : Kanak-kanak dirantai : Jiran dengar bunyi besi bergesel
link : Kanak-kanak dirantai : Jiran dengar bunyi besi bergesel
Kanak-kanak dirantai : Jiran dengar bunyi besi bergesel
KUANTAN: Misteri bunyi rantai besi bergesel sejak tengah malam kelmarin terjawab apabila seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dirantai bersama tong gas di sebuah rumah di Indera Mahkota di sini.Seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Salmah, 58, berkata, dia dan anak perempuannya berasa curiga serta pelik apabila terdengar bunyi geselan itu namun mengambil keputusan mendiamkan diri.
Ujarnya, curiga dengan bunyi itu sejak malam kelmarin membawa dia melihat apa yang berlaku melalui tingkap belakang rumah terbabit sebelum terkejut menemukan kanak-kanak berkenaan cuba mengangkat tong gas untuk bergerak.
"Saya segera memberitahu jiran-jiran memandangkan ibu bapa mangsa tiada di rumah sebelum membuat keputusan menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini.BACA: Anggota tentera, isteri ditahan rantai anak pada tong gas
Seorang lagi jiran, Siti Rokiah Rahman, 62, berkata, dia dan jiran tetanga sering mendengar jeritan mangsa dan adik beradiknya dipercayai akibat dipukul bapa mereka.
Siti Rokiah menjelaskan, dia dan jiran tetangga tidak berhasrat untuk campur tangan dalam hal keluarga berkenaan tetapi terpaksa berbuat demikian memandangkan perkara itu membabitkan nyawa.
"Ini bukan kali pertama mereka ditinggalkan ibu bapa. Sejak mereka tinggal di sini, sudah tiga kali rumah mereka nyaris terbakar.
"Ketika kejadian itu, mujur bahagian dapur rumah tidak berkunci. Jiran yang menyedari asap tebal segera memadamkan api," katanya.
Sumber Kanak-kanak dirantai : Jiran dengar bunyi besi bergesel