Pembikin filem Malaysia digesa terokai pasaran Amerika Latin

Pembikin filem Malaysia digesa terokai pasaran Amerika Latin - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pembikin filem Malaysia digesa terokai pasaran Amerika Latin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembikin filem Malaysia digesa terokai pasaran Amerika Latin
link : Pembikin filem Malaysia digesa terokai pasaran Amerika Latin

Baca juga


Pembikin filem Malaysia digesa terokai pasaran Amerika Latin

KUALA LUMPUR: Pembikin filem Malaysia harus memanfaatkan hubungan diplomatik yang kukuh dengan negara-negara Amerika Latin untuk menceburi pembuatan filem di rantau itu, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata filem juga boleh berperanan sebagai perantara untuk memahami dengan lebih baik budaya yang berbeza dan meningkatkan kesedaran tentang rantau lain.

Beliau berkata demikian pada malam gala perasmian Festival Filem Amerika Latin ke-16 di Malaysia, di sini Khamis malam.

"Filem merupakan forum bagi rakyat dari seluruh pelosok dunia untuk berkongsi kebudayaan yang boleh memberi inspirasi dan menyatukan masyarakat di sebalik perbezaan kita," katanya.

Mohamed Nazri juga berkata Malaysia berminat untuk mengadakan festival filem serupa di Amerika Latin dan perkara itu akan diteliti oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

"Filem secara tidak langsung turut mempromosikan pelancongan dan kami mahu mereka di luar sana tahu lebih banyak tentang Malaysia," katanya.

Berlangsung di GSC Pavilion KL, festival filem dari 1 hingga 8 Nov itu menampilkan filem-filem dari 11 negara Amerika Latin termasuk negara tamu Afrika Selatan.

Antara filem yang akan ditayangkan ialah filem animasi Uruguay 'Anina' dan filem seram Venezuela 'The House at the End of Time'.

Festival itu dianjurkan oleh kedutaan negara-negara Amerika Latin dan Caribbean di Malaysia.

-- BERNAMA



Sumber Pembikin filem Malaysia digesa terokai pasaran Amerika Latin


Demikianlah Artikel Pembikin filem Malaysia digesa terokai pasaran Amerika Latin

Sekianlah artikel Pembikin filem Malaysia digesa terokai pasaran Amerika Latin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :