Malaysia naib juara Hoki Piala Asia

Malaysia naib juara Hoki Piala Asia - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Malaysia naib juara Hoki Piala Asia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia naib juara Hoki Piala Asia
link : Malaysia naib juara Hoki Piala Asia

Baca juga


Malaysia naib juara Hoki Piala Asia

KUALA LUMPUR: Harapan skuad hoki negara untuk muncul juara Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 buat kali pertama berkecai setelah dikecewakan India pada aksi final di Stadium Hoki Nasional Maulana Bhashani di Dhaka, Bangladesh, malam ini.

Skuad bimbingan Stephen van Huizen yang buat kali pertama melangkah ke pentas final tewas tipis 1-2 dalam perlawanan sungguh mendebarkan yang disiarkan secara langsung oleh sebuah saluran televisyen berbayar negara.

Skuad negara ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama hasil jaringan padang oleh Ramandeep Singh seawal minit ketiga sebelum Lalit Upadhyay menggandakan jaringan pada minit ke-29 juga menerusi jaringan padang.

Bermula babak kedua barisan pemain negara mula memperkemas permainan serta melancarkan serangan bertali arus ke kubu India namun sering kali dikecewakan dengan kawalan ketat barisan pertahanan India yang menggagalkan usaha pemain negara yang diketuai oleh Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil.

Muhammad Shahril Saabah memberi sedikit kegembiraan buat kem negara apabila meledak jaringan padang setelah menerima hantaran dari luar kotak penalti oleh rakan sepasukan pada minit ke-50.

Keputusan 1-2 kekal sehingga tamat perlawanan dan skuad negara terpaksa berpuas hati untuk muncul naib juara kejohanan berkenaan.

Pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan ini ialah tempat ketiga pada edisi 2007 di Chennai, India.

Kejohanan itu juga menawarkan satu slot kepada juara untuk layak secara automatik ke Piala Dunia 2018.

Malaysia bagaimanapun telah layak secara merit untuk ke Piala Dunia tahun depan yang dijadualkan berlangsung di Bhubaneswar, India.

- BERNAMA



Sumber Malaysia naib juara Hoki Piala Asia


Demikianlah Artikel Malaysia naib juara Hoki Piala Asia

Sekianlah artikel Malaysia naib juara Hoki Piala Asia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :