Lapan mayat mangsa tanah runtuh belum dituntut

Lapan mayat mangsa tanah runtuh belum dituntut - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Lapan mayat mangsa tanah runtuh belum dituntut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lapan mayat mangsa tanah runtuh belum dituntut
link : Lapan mayat mangsa tanah runtuh belum dituntut

Baca juga


Lapan mayat mangsa tanah runtuh belum dituntut

GEORGE TOWN: Lapan mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini Sabtu lalu belum dituntut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr M. Sukumar berkata Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang menerima 11 mayat dalam tempoh tiga hari lepas dan sehingga kini hanya tiga mayat telah dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

Dua mayat rakyat Indonesia iaitu Erwin Salis dan Hosrin Sharif dituntut keluarga masing-masing semalam manakala mayat rakyat Malaysia, Yuan Kuok Wern dituntut keluarganya hari ini.

"Jabatan Forensik mengendalikan 11 post mortem ke atas mangsa-mangsa tanah runtuh dan setakat 6 petang ini lapan mayat belum dituntut terdiri daripada tiga rakyat Myanmar, empat Bangladesh dan satu Pakistan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata tempoh dua minggu akan diberi kepada anggota keluarga untuk menuntut mayat sebelum pihak hospital membuat iklan mencari waris.

Sementara itu difahamkan mayat Yuan akan akan ditempatkan di rumah keluarganya di Bayan Lepas selama lima hari untuk ahli keluarga memberi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan pada Jumaat.

Mayatnya adalah yang terakhir ditemui pasukan mencari dan menyelamat dan dibawa keluar dari kawasan runtuhan pada pukul 11.18 pagi tadi.

Sejumlah 11 pekerja terdiri daripada seorang rakyat tempatan; empat Bangladesh; dua Indonesia; tiga Myanmar dan seorang Pakistan maut apabila ditimbus tanah lereng bukit yang runtuh. Ketika kejadian pada pukul 8.57 pagi, kesemua mereka sedang bekerja di tapak pembinaan itu.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

-- BERNAMA



Sumber Lapan mayat mangsa tanah runtuh belum dituntut


Demikianlah Artikel Lapan mayat mangsa tanah runtuh belum dituntut

Sekianlah artikel Lapan mayat mangsa tanah runtuh belum dituntut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :