Jika saya jadi punca, esok boleh letak jawatan - Vingada

Jika saya jadi punca, esok boleh letak jawatan - Vingada - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Jika saya jadi punca, esok boleh letak jawatan - Vingada, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jika saya jadi punca, esok boleh letak jawatan - Vingada
link : Jika saya jadi punca, esok boleh letak jawatan - Vingada

Baca juga


Jika saya jadi punca, esok boleh letak jawatan - Vingada

SEPANG: Ketua jurulatih bola sepak negara, Nelo Vingada sedia meletak jawatan seandainya prestasi hambar ditampilkan skuad kebangsaan berpunca daripadanya.

Mengakui bakal berdepan kritikan daripada pelbagai pihak berikutan masalah tersebut, Vingada berkata beliau tidak akan berputus asa untuk meningkatkan prestasi dan imej skuad kebangsaan.

Beliau, bagaimanapun percaya pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) lebih mengetahui keupayaannya dalam membuat pertimbangan terhadap tugasnya selaku jurulatih.

"Sekiranya saya menjadi penyebab kepada masalah dalam bola sepak Malaysia, esok juga saya boleh pergi (letak jawatan). Kejurulatihan adalah karier saya...saya sudah berada di beberapa negara dan tidak pernah berputus asa (untuk membawa kejayaan kepada pasukan yang dibimbing).

"Masalah dihadapi (skuad negara) bukan masalah baharu, kita sudah berdepannya sejak dua, tiga tahun lepas, namun saya tidak mahu membincangkan perkara yang lepas," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh menerusi laporan media tempatan hari ini, meminta Vingada meletak jawatan susulan prestasi buruk skuad kendaliannya.

Dalam lima perlawanan kendalian jurulatih kelahiran Portugal itu sejak dilantik pada Mac lalu, skuad kebangsaan terus kemarau kemenangan dan terbaru kekalahan 0-2 kepada Hong Kong dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019, semalam.

Sebelum itu, Vingada yang mengambil alih tugas Datuk Ong Kim Swee, turut menyaksikan anak buahnya kalah 1-2 kepada Lubnan dan seri 1-1 berdepan Hong Kong pada aksi kelayakan Kumpulan B, selain kalah 1-2 menentang Syria dan 0-1 kepada Myanmar dalam aksi persahabatan antarabangsa.

Vingada diberi tugas membawa Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019, namun dengan satu mata, skuad negara berada di kedudukan tercorot dalam kumpulan berkenaan.

Peluang dilihat lebih sukar berdepan Lubnan di tempat lawan, serta dua perlawanan menentang Korea Utara selepas ini.

-- BERNAMA



Sumber Jika saya jadi punca, esok boleh letak jawatan - Vingada


Demikianlah Artikel Jika saya jadi punca, esok boleh letak jawatan - Vingada

Sekianlah artikel Jika saya jadi punca, esok boleh letak jawatan - Vingada kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :