IKEA perkenal cuti bergaji satu bulan kepada pekerja lelaki

IKEA perkenal cuti bergaji satu bulan kepada pekerja lelaki - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang IKEA perkenal cuti bergaji satu bulan kepada pekerja lelaki, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : IKEA perkenal cuti bergaji satu bulan kepada pekerja lelaki
link : IKEA perkenal cuti bergaji satu bulan kepada pekerja lelaki

Baca juga


IKEA perkenal cuti bergaji satu bulan kepada pekerja lelaki

KUALA LUMPUR: Syarikat perabot dari Sweden, IKEA memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji kepada kakitangan lelaki syarikat berkenaan di seluruh Asia Tenggara.

Pengarah Sumber Manusia IKEA Asia Tenggara, Lydia Song berkata, perkara itu diperkenalkan bagi membolehkan kaum bapa untuk terlibat secara langsung dalam penjagaan bayi termasuk menyediakan kelengkapan dan kasih sayang.

"IKEA sering menitikberatkan kehidupan di rumah bersama keluarga selain nilai-nilai Sweden termasuk kesamarataan di pejabat dan rumah.

"Malah kita percaya lelaki dan wanita wajar diberi peluang untuk sama-sama membesarkan anak mereka. Tahun ini, di seluruh outlet dan pejabat IKEA di Asia Tenggara kita memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji bagi membolehkan kakitangan lelaki menjaga bayi mereka dalam tempoh sebulan," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Tambah Lydia, pihaknya melihat langkah itu akan memberikan perubahan besar kepada kaum bapa dalam kalangan kakitangan IKEA serta pasangan mereka.

Selain itu, kakitangan IKEA Malaysia, Muhammad Rizal Sunalim merupakan antara kakitangan pertama negara yang mendapat manfaat itu yang berkuat kuasa 1 Januari tahun ini.

"Inilah masa yang paling berharga untuk saya dan keluarga.

"Ketika isteri saya bersalin anak pertama dan kedua, beliau melakukan semua kerja sendiri. Kali ini saya mempunyai peluang untuk menjaga bayi kami dan isteri tersayang," katanya yang merupakan Ketua Kumpulan IKEA Food di outlet IKEA Cheras.

Tambah Rizal, pelaksanaan cuti bergaji selama sebulan itu memberi makna besar kerana isteri tersayang boleh berehat sepenuhnya.

"Saya yang memasak, membasuh pakaian dan menjaga dua lagi anak kami," katanya yang kini mempunyai tiga orang anak.

Selari dengan perkara itu, IKEA Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Sweden di Malaysia melancarkan peraduan foto bagi meraikan kaum bapa.



Sumber IKEA perkenal cuti bergaji satu bulan kepada pekerja lelaki


Demikianlah Artikel IKEA perkenal cuti bergaji satu bulan kepada pekerja lelaki

Sekianlah artikel IKEA perkenal cuti bergaji satu bulan kepada pekerja lelaki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :