Habuan RM30,000 jika menang bertemu Hong Kong - Presiden FAM - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang
Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Habuan RM30,000 jika menang bertemu Hong Kong - Presiden FAM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Habuan RM30,000 jika menang bertemu Hong Kong - Presiden FAMlink :
Habuan RM30,000 jika menang bertemu Hong Kong - Presiden FAM
Habuan RM30,000 jika menang bertemu Hong Kong - Presiden FAM
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya menerima suntikan semangat menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong, pada Selasa, apabila dijanjikan imbuhan RM30,000 seandainya berjaya menewaskan pasukan tuan rumah itu.
Berita baik itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi sidang video bersama pemain dan ketua jurulatih, Nelo Vingada, dari Johor Bahru yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi FAM pada Isnin.
Tunku Ismail berkata kemenangan ke atas Hong Kong itu amat ditagih bagi menutup mulut segala kritikan yang dilemparkan terhadap skuad kebangsaan kendalian Vingada itu.
"Mata manusia tidak pernah menipu, kalau seluruh rakyat negara ini termasuk saya nampak anda semua memberi 110 peratus, kalah atau menang pun kita puas hati.
"Kalau menang perlawanan ini, saya bagi bonus RM30,000. Seluruh rakyat Malaysia di belakang anda dan mendoakan kejayaan anda," katanya.
Kunjungan skuad kebangsaan ke Hong Kong hanya mempunyai satu misi untuk meraih tiga mata penting bagi mencerahkan peluang melayakan diri ke Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Anak didik Vingada sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Hong Kong pada aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 Sept lalu, dan tewas 1-2 di tangan Lubnan pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan pada 13 Jun.
Setakat ini, Malaysia menduduki tangga tercorot Kumpulan B dengan mengumpul satu mata daripada dua perlawanan dan Lubnan mendahului kumpulan dengan tujuh mata dari tiga perlawanan manakala Korea Utara dan Hong Kong berkongsi dua mata.
Dalam pada itu, Tunku Ismail menegaskan kepada semua pemain untuk tidak menghiraukan kritikan daripada pihak yang tiada kaitan dalam arena bola sepak.
"Pertama sekali, ambil benda ini sebagai satu peluang untuk kita jawab balik setiap kritikan. Apa paling mustahak adalah anda semua berikan yang terbaik, saya tidak kisah apa orang lain nak cakap, saya sentiasa berada di belakang anda," katanya.
-- BERNAMA
Sumber
Habuan RM30,000 jika menang bertemu Hong Kong - Presiden FAM
Demikianlah Artikel Habuan RM30,000 jika menang bertemu Hong Kong - Presiden FAM
Sekianlah artikel Habuan RM30,000 jika menang bertemu Hong Kong - Presiden FAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.
Related Posts :
“Kalau kamu kawan atau saudara pembunuh, jangan marah jika netizen mengecam mereka” – Dikecam kerana sebar info suspek kes UPNM, gadis ini dedah kisah ibu dan adiknya dibunuh 8 tahun lalu
“Kalau kamu kawan atau saudara pembunuh, jangan marah jika netizen mengecam mereka” – Dikecam kerana sebar info suspek kes UPNM, gadis ini … Read More...
“Aku tak halal duit aku!” – Disuruh bayar RM120 konon untuk daftar kerja masuk buku dalam sampul, rupanya dapat sampahSiapa ja yang taknak buat duit lebih. Tambahan, sekarang ni taraf hidup sangat tinggi memaksa kebanyakan kita untuk buat kerja sampingan. Bu… Read More...
“Bayi tak cukup bulan lahir tak bergerak-gerak” – Balik kampung berhari-raya masa mengandung punya pasal, anak meninggal dalam kandungan
“Bayi tak cukup bulan lahir tak bergerak-gerak” – Balik kampung berhari-raya masa mengandung punya pasal, anak meninggal dalam kandungan
M… Read More...
“Kisah drama ini benar-benar berlaku” – Netizen dakwa skrip dan jalan cerita Andainya Takdir keterlaluan, ini jawapan penulisnya
“Kisah drama ini benar-benar berlaku” – Netizen dakwa skrip dan jalan cerita Andainya Takdir keterlaluan, ini jawapan penulisnya
Andainy… Read More...
Doa orang teraniaya dimakbulkan: Diceraikan kerana suami pilih isteri baru takut tak mampu adil, Allah dah aturkan perjalanan hidup yang cantik buat akak ini
Doa orang teraniaya dimakbulkan: Diceraikan kerana suami pilih isteri baru takut tak mampu adil, Allah dah aturkan perjalanan hidup yang ca… Read More...