Dah Macam Litar F1, Ini 5 Perkara Anda Perlu Tahu Berkaitan 'Rolling Barrier'!

Dah Macam Litar F1, Ini 5 Perkara Anda Perlu Tahu Berkaitan 'Rolling Barrier'! - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Dah Macam Litar F1, Ini 5 Perkara Anda Perlu Tahu Berkaitan 'Rolling Barrier'!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dah Macam Litar F1, Ini 5 Perkara Anda Perlu Tahu Berkaitan 'Rolling Barrier'!
link : Dah Macam Litar F1, Ini 5 Perkara Anda Perlu Tahu Berkaitan 'Rolling Barrier'!

Baca juga


Dah Macam Litar F1, Ini 5 Perkara Anda Perlu Tahu Berkaitan 'Rolling Barrier'!

Dah Macam Litar F1, Ini 5 Perkara Anda Perlu Tahu Berkaitan 'Rolling Barrier'!

Rolling Barrier pertama diletakkan di Pusingan UFT 15 Subang Jaya pada Disember lalu. (Gambar: Paultan)

Jika anda melalui jalan di laluan Pusingan UFT 15, Subang Jaya sejak awal tahun ini, anda mungkin tertanya-tanya apakah sebenarnya fungsi bekas kuning yang diletakkan di sepanjang pembahagi jalan.
 
Untuk makluman, ia sebenarnya adalah pembahagi jalan beroda atau lebih dikenali sebagai ‘Rolling Barrier’. Tujuannya adalah untuk menyerap impak atau hentakan sekiranya berlaku kemalangan di laluan terbabit.
 
Di Malaysia penggunaan 'Rolling Barrier' sangat baru dan mungkin ramai belum mengetahui peranan sebenar alat berkenaan.

Rojak Daily Skop! senaraikan lima perkara menarik yang anda perlu tahu mengenai 'Rolling Barrier':

1. TUKAR TENAGA IMPAK

Alat keselamatan ini dikeluarkan syarikat ETI dari Korea Selatan. Teknologi ini terdiri daripada gabungan tiub keluli yang kukuh serta silinder plastik yang menyerap impak dan hentakan. Kaedah ini berfungsi dengan menukarkan tenaga impak (kemalangan) kepada tenaga putaran dan disebabkan itu kadar untuk pemandu bertembung dengan objek tajam dan keras adalah sangat rendah jika menggunakan 'Rolling Barrier'.

Teknologi Korea Selatan gabungan tiub keluli yang kukuh serta silinder plastik.
 
2. LOKASI STRATEGIK

Di Malaysia, 'Rolling Barrier' pertama diletakkan di Pusingan UFT 15 Subang Jaya. Ia merupakan lokasi percubaan atau ‘pilot test' bagi menguji sejauh mana keberkesanannya. Kawasan terbabit juga dipilih berikutan kerapnya berlaku kemalangan jalan raya. Dilaporkan sebanyak 86 kemalangan sejak tahun 2015 sehingga Jun tahun lalu di laluan terbabit.
 
3. KADAR KEMALANGAN MENURUN

Selepas hampir 9 bulan tempoh pemasangan 'Rolling Barrier' di kawasan tersebut, pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia mendapati ia mampu mengurangkan kadar kemalangan sebanyak 94 peratus. Ia hasil pemantauan dan kajian sejak 14 Disember tahun lalu.

Mampu menyerap impak dan hentakan, sekali gus mengurangkan 94 peratus kadar kemalangan
 
4. KOS ENAM KALI GANDA

Namun di sebalik keberkesanan keadah terbaru ini, ia turut mempunyai kelemahan. Kos yang diperlukan adalah enam kali ganda daripada sistem keselamatan lama. Bagi pembahagi jalan jenis lama, kerajaan hanya mengeluarkan kos sebanyak RM250 bagi satu meter.

Namun untuk teknologi 'Rolling Barrier', kerajaan terpaksa menangung kos sebanyak RM1,500 satu meter. Maknanya lagi jauh jarak 'Rolling Barrier' ini dipasang, kosnya menjadi lebih mahal.
 
5. LOKASI KEDUA

Kawasan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2  akan menjadi lokasi kedua pemasangan 'Rolling Barrier' selepas berlakunya peningkatan kadar kemalangan di laluan terbabit. Tempoh 58 hari diperlukan untuk memasang 'Rolling Barrier' dan ia dijangka siap pada penghujung bulan ini.
 



Sumber Dah Macam Litar F1, Ini 5 Perkara Anda Perlu Tahu Berkaitan 'Rolling Barrier'!


Demikianlah Artikel Dah Macam Litar F1, Ini 5 Perkara Anda Perlu Tahu Berkaitan 'Rolling Barrier'!

Sekianlah artikel Dah Macam Litar F1, Ini 5 Perkara Anda Perlu Tahu Berkaitan 'Rolling Barrier'! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :