Bajet 2018, cabaran dalam memenuhi jangkaan rakyat - PM Najib

Bajet 2018, cabaran dalam memenuhi jangkaan rakyat - PM Najib - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Bajet 2018, cabaran dalam memenuhi jangkaan rakyat - PM Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bajet 2018, cabaran dalam memenuhi jangkaan rakyat - PM Najib
link : Bajet 2018, cabaran dalam memenuhi jangkaan rakyat - PM Najib

Baca juga


Bajet 2018, cabaran dalam memenuhi jangkaan rakyat - PM Najib

PUTRAJAYA: Cabaran terbesar dalam penyediaan Bajet 2018 ialah usaha untuk memenuhi jangkaan rakyat, dan sejauh mana ia dapat dipenuhi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam taklimat kepada editor media di sini hari ini, Perdana Menteri berkata pasukan bajetnya berbincang dan bekerja keras dalam tempoh yang lama mntuk menyediakan Bajet 2018 memandangkan semua pihak mempunyai harapan yang tinggi.

Najib mahu rakyat memahami matlamat bajet kerana ia mesti mencerminkan pengurusan ekonomi, kewangan dan fiskal negara yang kukuh.

Bajet 2018 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 3.30 petang esok.

"Ia pertama kali bermula pada 3.30 petang memandangkan Maghrib masuk pada 7 malam. Kami mahu memastikan ada masa untuk menunaikan solat Asar, dan tidak berpanjangan kepada waktu Maghrib. Kami tidak boleh mengubah waktu Maghrib namun masa pembentangan Bajet boleh ditukar," katanya dan menambah ucapan beliau tidak terlalu panjang namun ada banyak perkara yang akan beliau perkatakan.

Bagi Najib, penyediaan Bajet 2018 merupakan satu lagi cabaran besar memandangkan 'apa sahaja yang beliau kata atau lakukan akan diterima dan diinterpretasi sebagai Bajet Pilihan Raya.

Walaupun mudah untuk melabelnya begitu, Najib berkata kerajaan pada hakikatnya sentiasa konsisten dalam memperkenalkan projek-projeknya.

Malah, beliau berkata cadangan Bajet Pembangkang lebih populis.

"Bajet Pembangkang bukan berasaskan fakta dan angka, dan akan menyebabkan 'lubang besar' dalam kewangan kerajaan. Mereka tidak mempunyai kepimpinan yang padu dan ini dicerminkan dalam cadangan bajet yang kurang kredibiliti dan konsistensi.

"Ini menunjukkan langkah mereka tidak populis sepenuhnya dan tidak dapat disokong dengan angka seperti hasil. Langkah yang dicadangkan juga tidak boleh dilaksanakan, dan oleh itu tidak sesuai," kata Najib.

Mengenai bahagian saksama yang akan diperoleh Pembangkang dalam Bajet 2018, beliau berkata ia merupakan tanggungjawab moral.

"Ada antaranya, sebagai contoh, bekalan air, sudah menjadi tanggungjawab moral kerajaan persekutuan untuk menyediakan bekalan air. Kita tidak boleh menafikan bekalan air bersih untuk rakyat hanya kerana kami tidak memerintah negeri. Malah ada lebuh raya yang melalui negeri-negeri pakatan Pembangkang.

"Kami mahu membuktikan kami bertanggungjawab dan ada masanya kami mahu melangkaui poiitik . Kami perlu memenuhi obliasi moral sebagai kerajaan," kata Perdana Menteri.

-- BERNAMA



Sumber Bajet 2018, cabaran dalam memenuhi jangkaan rakyat - PM Najib


Demikianlah Artikel Bajet 2018, cabaran dalam memenuhi jangkaan rakyat - PM Najib

Sekianlah artikel Bajet 2018, cabaran dalam memenuhi jangkaan rakyat - PM Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :