Aristotle Cakap Kau Tak Ada Rakan Sejati

Aristotle Cakap Kau Tak Ada Rakan Sejati - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Aristotle Cakap Kau Tak Ada Rakan Sejati, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aristotle Cakap Kau Tak Ada Rakan Sejati
link : Aristotle Cakap Kau Tak Ada Rakan Sejati

Baca juga


Aristotle Cakap Kau Tak Ada Rakan Sejati

Cuba namakan lima rakan baik hang. Fikirkan rakan yang boleh bercerita mengenai apa sahaja, rakan lama yang telah lama anda kenali, rakan yang sering anda hubungi.

Sekarang, fikirkan jumlah rakan di Facebook yang boleh dikategorikan macam tu.

Kalau ikutkan teori nombor Dunbar, jumlah persahabatan berkualiti yang sepatutnya ada di laman sosial kita cuma 150. Namun, median pengguna Facebook mempunyai jumlah friends yang lebih tinggi daripada itu.

Berapa ramai daripada mereka yang benar-benar anda kenali? Berapa ramai daripada mereka adalah orang yang anda mahu jumpa kerana selesa berborak?

Berapa daripada rakan anda adalah rakan sejati? Macam mana anda mengenal pasti bezanya? Apakah perbezaannya?

Dalam karya Etika Nicomachean, Aristotle berpendapat memiliki kehidupan yang baik bukan sekadar mempunyai sikap dalaman dan luaran yang elok.

Kita juga perlu menjadi seorang manusia yang bagus, memiliki kewangan kukuh, berpelajaran, mempunyai kesihatan yang baik, mempunyai masa depan dan memiliki rakan yang baik. Macam mana rakan yang baik tu?

Dalam buku VIII, Aristotle menyatakan bahawa persahabatan ini terbahagi kepada 3 jenis dan salah satu nya itu adalah Philia atau cinta persaudaraan.

Philia adalah titik pertengahan antara dua kesalahan. Kekurangan cinta persaudaraan ini akan mewujudkan rasa ego melampau. Apatah lagi kalau terlampau ramah.

Aristotle bersetuju bahawa “kawan kepada semua orang bukanlah kawan kepada sesiapa pun”. Pada pandangan Aristotle, untuk menjadi seseorang yang mampu menjadi diri sendiri, kita perlu memahami erti persahabatan dahulu.

Cumanya, apakah tiga jenis persahabatan itu?

Persahabatan Utiliti adalah jenis persahabatan yang dibincangkan oleh Aristotle. Persahabatan utiliti ini merangkumi hubungan di antara dua orang dan apa yang mereka boleh lakukan antara satu sama lain.

Rakan adalah mereka yang mempunyai niat tersendiri. Contohnya, rakan yang membelikan kita minum dengan harapan kita dapat membalasnya semula dengan membelikan mereka tiket ke perlawanan bola contohnya. Macam tak berapa ikhlas pun ada.

Menurut Aristotle, persahabatan seperti ini menawarkan layanan baik dan persahabatan seperti ini boleh berakhir dengan cepat sebaik sahaja niat salah seorang rakan itu tercapai. Pernah kena kan?

Jenis persahabatan kedua adalah persahabatan yang menyeronokkan. Persahabatan seperti ini adalah berdasarkan keseronokan dalam menjalankan aktiviti yang sama serta berkongsi rasa dan emosi dengan seketika. Aristotle menggelarkan persahabatan ini sebagai persahabatan di kalangan mereka yang muda. Ini pun sekali lagi persahabatan yang singkat kerana manusia boleh berubah mengikut perasaan.

Jenis persahabatan yang terakhir adalah persahabatan sejati atau persahabatan yang baik. Mereka yang tergolong di dalam persahabatan ini adalah mereka yang dapat menerima kita kerana diri kita, mereka juga adalah sahabat yang mampu mendorong kita menjadi yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Motivasi hubungan ini adalah anda yang menunjukkan rasa peduli kepada sahabat kita dan oleh itu, persahabatan jenis ini adalah lebih stabil daripada jenis persahabatan yang dinyatakan di atas.

Walaupun Aristotle mencadangkan kita mencari persahabatan yang sejati ini, beliau tidak berpendapat bahawa anda adalah orang yang tidak baik kerana memiliki rakan daripada dua kategori awal tadi. Kita semua ada memiliki rakan seperti itu.

Masalah yang sebenar dalam mana-mana persahabatan ini adalah bila kita gagal untuk memahami yang ada manusia yang macam tu. Lepas tu kita tak berusaha pun cari persahabatan sejati.

Dalam zaman di mana hubungan di media sosial semakin meningkat ini, persoalan mengenai apakah erti persahabatan sebenar itu adalah sangat penting. Mungkin kita boleh gunakan pendapat daripada Aristotle mengenai perbezaan jenis persahabatan ini.

Zulhilmi Daud


Sumber Aristotle Cakap Kau Tak Ada Rakan Sejati


Demikianlah Artikel Aristotle Cakap Kau Tak Ada Rakan Sejati

Sekianlah artikel Aristotle Cakap Kau Tak Ada Rakan Sejati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: