Anak ‘celaru’ dek kesilapan orang tua terlanjur tanpa mendirikan rumah tangga

Anak ‘celaru’ dek kesilapan orang tua terlanjur tanpa mendirikan rumah tangga - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Anak ‘celaru’ dek kesilapan orang tua terlanjur tanpa mendirikan rumah tangga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak ‘celaru’ dek kesilapan orang tua terlanjur tanpa mendirikan rumah tangga
link : Anak ‘celaru’ dek kesilapan orang tua terlanjur tanpa mendirikan rumah tangga

Baca juga


Anak ‘celaru’ dek kesilapan orang tua terlanjur tanpa mendirikan rumah tangga

Kuantan: Angkara kesilapan ibu bapa yang terlanjur tanpa mendirikan rumah tangga menyebabkan nasib seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menjadi tanda tanya apabila kehidupannya seperti warga asing kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

 

 

 

Kanak-kanak itu yang dipelihara oleh datuknya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sijil lahir selepas ibu kandungnya dikatakan menghilangkan diri selepas beberapa bulan melahirkannya.

Datuk kanak-kanak terbabit berusia 50-an berkata, dia mengambil tanggungjawab menjaga cucunya selepas bersimpati dengan nasibnya yang ditinggalkan ibu kandung.

Katanya, bapa kanak-kanak berkenaan yang juga anak keempatnya turut ‘lepas tangan’ kerana tidak menghiraukan kebajikan zuriatnya termasuk memberikan wang perbelanjaan atau mendaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapat sijil lahir.

“Saya dapat tahu mereka (anak lelaki dan teman wanita) mempunyai hubungan dan mereka mempunyai anak. Apabila perkara itu terbongkar sejak beberapa tahun lalu, saya ada berjumpa mereka dan meminta mereka berkahwin.

“Namun hinggalah cucu saya dilahirkan mereka masih belum berkahwin dan beberapa bulan selepas itu, teman wanita anak saya melarikan diri dan gagal dikesan hingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, atas rasa perikemanusiaan dia membuat keputusan mengambil dan menjaga kanak-kanak perempuan itu sebagai cucunya dan kini mereka menetap di Temerloh.

Dakwanya, anak lelakinya turut mempunyai seorang lagi cahaya mata hasil hubungannya dengan wanita sama, namun kanak-kanak perempuan yang dianggarkan berusia lapan tahun itu di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, dia ada bertanya mengenai permasalahan cucunya yang tidak mempunyai sijil lahir di JPN Pahang, namun tiada sebarang keputusan positif dicapai disebabkan status ibu mangsa yang gagal mendaftarkan anaknya selepas dilahirkan.

“Kami cuba mengesan wanita berkenaan dan mencari keluarganya, namun gagal. Kami harap dia dapat tampil untuk membolehkan cucu saya didaftarkan seterusnya mempunyai sijil lahir.

“Saya bimbang jika dia tidak mempunyai dokumen menyebabkan masa depannya akan terumbang-ambing kerana tahun depan saya ingin daftarkan dia ke pra-sekolah,” katanya.

 

 

 

 

Sumber: Metro

 

 



Sumber Anak ‘celaru’ dek kesilapan orang tua terlanjur tanpa mendirikan rumah tangga


Demikianlah Artikel Anak ‘celaru’ dek kesilapan orang tua terlanjur tanpa mendirikan rumah tangga

Sekianlah artikel Anak ‘celaru’ dek kesilapan orang tua terlanjur tanpa mendirikan rumah tangga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :