Judul : 2 rakan maut, 2 cedera Hilux rempuh perhentian bas
link : 2 rakan maut, 2 cedera Hilux rempuh perhentian bas
2 rakan maut, 2 cedera Hilux rempuh perhentian bas
Ketua Polis Daerah Mersing DSP Cyril Edward Nuing berkata kedua-dua mereka adalah pemandu kereta itu Salma @ Noraini Adam, 37, dan penumpang belakang, Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim, 31.
Tunku Alang Reza yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian dengan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Mersing manakala Salma yang mengalami kecederaan sama meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan di hospital berkenaan.
Beliau berkata dua lagi rakan wanita mangsa yang turut menaiki kenderaan sama, masing-masing berusia 33 dan 44 tahun pula cedera ringan dan masih dirawat di hospital sama.Kemalangan terbabit berlaku pada 6.05 petang ketika kenderaan itu sedang menghala ke Johor Bahru dari Mersing.
Setibanya di tempat kejadian, kenderaan itu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke arah bertentangan dan merempuh tempat menunggu bas Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing.
"Waris keluarga telah dimaklumkan mengenai kemalangan dan kes masih disiasat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Sumber 2 rakan maut, 2 cedera Hilux rempuh perhentian bas