Menteri Pertahanan Perancis kunjungi Najib

Menteri Pertahanan Perancis kunjungi Najib - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Menteri Pertahanan Perancis kunjungi Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri Pertahanan Perancis kunjungi Najib
link : Menteri Pertahanan Perancis kunjungi Najib

Baca juga


Menteri Pertahanan Perancis kunjungi Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly, pagi tadi.

Difahamkan, Parly turut meninjau Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dan menyifatkan Malaysia sebagai rakan strategik Perancis dalam isu keselamatan global di rantau Asia.

Kerjasama pertahanan Malaysia-Perancis membabitkan pertukaran strategik politik, kerjasama ketenteraan dan latihan.

Parly juga menyatakan komitmennya untuk menjadi hos kepada Malaysia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Bersama Pertahanan Strategik Malaysia-Perancis Kelima yang akan diadakan di Paris tahun depan.

Beliau juga menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Bersama Pertahanan Strategik Malaysia-Perancis Keempat di Wisma Perwira ATM, Jalan Padang Tembak, di sini.

Yang hadir sama pada mesyuarat itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohammed Noor dan Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche.

Pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan, Hishammuddin berkata, lawatan Parly ke Malaysia selepas pembentukan kerajaan baharu negara itu membuktikan kepentingan Kuala Lumpur sebagai rakan strategik Paris di rantau Asia.

Katanya, ia juga mengukuhkan lagi kerjasama dua hala Malaysia dan Perancis, khususnya membabitkan isu pertahanan dan keselamatan global.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas berkata, mesyuarat itu membincangkan pelbagai isu dan kerjasama strategik, terutama membabitkan keselamatan global seperti keganasan dan maritim.

Mesyuarat juga, katanya, turut menyentuh isu larangan import minyak sawit ke blok Kesatuan Eropah (EU).

Perancis yang juga anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan antara pengasas EU, memberi jaminan untuk membantu Malaysia.



Sumber Menteri Pertahanan Perancis kunjungi Najib


Demikianlah Artikel Menteri Pertahanan Perancis kunjungi Najib

Sekianlah artikel Menteri Pertahanan Perancis kunjungi Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: