5 Lelaki masuk hospital selepas minum kopi durian, syarikat pengeluar serah pihak berkuasa jalankan siasatan

5 Lelaki masuk hospital selepas minum kopi durian, syarikat pengeluar serah pihak berkuasa jalankan siasatan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 5 Lelaki masuk hospital selepas minum kopi durian, syarikat pengeluar serah pihak berkuasa jalankan siasatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 5 Lelaki masuk hospital selepas minum kopi durian, syarikat pengeluar serah pihak berkuasa jalankan siasatan
link : 5 Lelaki masuk hospital selepas minum kopi durian, syarikat pengeluar serah pihak berkuasa jalankan siasatan

Baca juga


5 Lelaki masuk hospital selepas minum kopi durian, syarikat pengeluar serah pihak berkuasa jalankan siasatan

Serahkan kepada pihak berkuasa jalankan siasatan

Syarikat pengeluar kopi pra-campuran, Coffe Tree Holding Sdn Bhd menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap kualiti produk keluaran syarikat itu.

Ia berikutan selepas beberapa lelaki dilaporkan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dikatakan meminum bancuhan air kopi empat dalam satu berperisa durian di sini beberapa hari lalu.

Baca artikel sebelum: Video: Kecoh, 4 pekerja masuk hospital dirawat di zon merah lepas minum kopi segera berperisa durian

Pengurus Operasi syarikat terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Ong berkata, produk Penang Durian White Coffe yang dikeluarkan syarikat terbabit telah tujuh tahun berada di pasaran dan sebelum ini pihaknya tidak pernah menerima rungutan mahupun maklum balas negatif mengenai produk berkenaan.

Menurutnya, pihak syarikat akan sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sepanjang proses siasatan dijalankan.

“Syarikat kita sentiasa mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan dan kita amat menitikberatkan soal kualiti dan keselamatan produk yang kami keluarkan.

“Malah pihak kami juga memiliki sijil Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO), sijil Halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selain memenuhi piawaian antarabangsa seperti Good Manufacturing Practices (GMP) atau Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP),” katanya ketika ditemui di sini.

Ong berkata, produk Penang Durian White Coffe juga mendapat permintaan menggalakkan di luar negara malah 65 peratus keluaran syarikat itu dipasarkan di luar negara termasuk di China dan Singapura.

Katanya, untuk mengeksport sesuatu produk ke luar negara sudah semestinya perlu melalui saringan yang ketat terutamanya dalam soal sijil kesihatan produk dan syarikatnya sentiasa memastikan semua perkara itu dipatuhi selain memantau kualiti pengeluaran produknya setiap hari.

“Semalam Jabatan Kesihatan telah datang dan ambil sampel produk dan pihak kami juga sedang menunggu apakah keputusan hasil analisa yang dilakukan itu.

“Dalam masa yang sama, peguam syarikat juga akan membuat tindakan susulan termasuk membuat laporan polis mengenai kejadian ini dan kita akan maklumkan perkembangan kes ini tidak lama lagi,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber 5 Lelaki masuk hospital selepas minum kopi durian, syarikat pengeluar serah pihak berkuasa jalankan siasatan


Demikianlah Artikel 5 Lelaki masuk hospital selepas minum kopi durian, syarikat pengeluar serah pihak berkuasa jalankan siasatan

Sekianlah artikel 5 Lelaki masuk hospital selepas minum kopi durian, syarikat pengeluar serah pihak berkuasa jalankan siasatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: