Doping: Atlet lumba basikal TLDM digantung 4 tahun

Doping: Atlet lumba basikal TLDM digantung 4 tahun - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Doping: Atlet lumba basikal TLDM digantung 4 tahun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Doping: Atlet lumba basikal TLDM digantung 4 tahun
link : Doping: Atlet lumba basikal TLDM digantung 4 tahun

Baca juga


Doping: Atlet lumba basikal TLDM digantung 4 tahun

KUALA LUMPUR: Pelumba basikal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohammed Shahrul Afiza Fauzan digantung empat tahun oleh Persekutuan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) hari ini atas kesalahan doping.

Pengerusi Jawatankuasa Anti-Doping PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata atket itu didapati bersalah menggunakan bahan terlarang jenis anabolic steroid (kategori S1) ketika menyertai Tour De Selangor (TdS), pada 19 Oktober tahun lalu.

Katanya, keputusan itu diambil selepas panel pendengaran anti doping mendapati Shahrul gagal memberi penjelasan wajar dan alasan munasabah mengenai kehadiran anabolic steroid dalam sampel A yang dihantar untuk diuji oleh makmal di New Delhi, India, baru-baru ini.

Katanya, panel juga kurang berpuas hati dengan jawapan bertulis diberikan oleh pelumba itu mengenai sebab sebenar beliau perlu mengambil bahan terlarang menerusi sepucuk surat dihantar kepada PKBM sebelum ini.

"Jawatankuasa Anti Doping PKBM yang bersidang sebentar tadi, mendapati jawapan diberikan Shahrul adalah tidak cukup dan meminta beliau sendiri hadir memberikan penjelasan lanjut supaya keputusan adil serta saksama boleh dibuat.

"Bagaimanapun, selepas memberi peluang dan menunggu beberapa jam, amat malang sekali apabila Shahrul Afiza gagal hadir dan akhirnya panel terpaksa membuat keputusan berdasarkan kepada bukti-bukti dan dokumen sedia ada.

"Jadi selepas penilaian dibuat panel ini sebulat suara menggantung Shahrul selama empat tahun berkuat kuasa mulai 19 Oktober 2017 hingga 18 Oktober 2021

daripada menyertai mana-mana perlumbaan basikal yang diiktiraf oleh PKBM dan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI)," katanya ketika sidang media di sini, sebentar tadi.

Difahamkan, Shahrul dalam jawapan bertulis kepada surat tunjuk sebab dihantar PKBM sebelum ini menjelaskan beliau terpaksa mengambil sejenis ubat yang mengandungi anabolic steroid bagi mengubati masalah alahan.

Bagaimanapun, Amarjit berkata alasan diberikan itu adalah kurang memuaskan kerana tidak disertakan dengan bukti kukuh dan laporan pakar

Mengulas lanjut, Amarjit berkata panel berkenaan tiada pilihan selain menjatuhkan hukuman penggantungan maksimum empat tahun kerana penyalahgunaan bahan terlarang anabolic steroid adalah salah satu kesalahan dipandang serius oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

Katanya, semua ahli sukan termasuk pelumba basikal harus tahu mereka mesti bertanggungjawab dan tahu kandungan setiap ubat-ubatan atau bahan terlarang yang masuk ke dalam sistem badan masing-masing.

"Selaku Pengerusi Jawatankuasa Anti Doping PKBM, saya ingin memberi mesej dan amaran kepada semua pelumba, anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua bahan terlarang atau dadah yang dikesan dalam badan anda," katanya tanpa mengulas lanjut bagaimana bahan berkenaan diesakn dalam badan Shahrul Afiza.

Sebelum ini media melaporkan perlumbaan TdS 2017 yang pertama kali dipertandingkan tercemar apabila seorang pelumba pasukan tempatan didapati positif menggunakan bahan terlarang.



Sumber Doping: Atlet lumba basikal TLDM digantung 4 tahun


Demikianlah Artikel Doping: Atlet lumba basikal TLDM digantung 4 tahun

Sekianlah artikel Doping: Atlet lumba basikal TLDM digantung 4 tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: