Judul : Tiga kertas siasatan dibuka berkaitan kesalahan pilihan raya di Pahang
link : Tiga kertas siasatan dibuka berkaitan kesalahan pilihan raya di Pahang
Tiga kertas siasatan dibuka berkaitan kesalahan pilihan raya di Pahang
KUANTAN: Sebanyak tiga kertas siasatan dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan kesalahan yang dilakukan oleh penyokong parti politik pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sejak hari penamaan calon hingga semalam.Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Komisioner Yahaya Othman berkata, dua kertas siasatan dibuka di daerah Bentong manakala satu di Temerloh.
"Dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 manakala satu lagi kes dibawah Seksyen 4 (a) Akta pilihanraya 1954," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.Yahaya berkata, dalam tempoh masa yang sama, sebanyak 208 permit ceramah sudah dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah untuk ceramah politik di seluruh negeri ini.
"Kita menasihati semua parti-parti politik yang bertanding untuk mendapatkan kelulusan permit bagi mengadakan ceramah daripada Ketua Polis Daerah di kawasan masing-masing.
"Ini sebagimana yang diperuntukkan mengikut Sekyen 24B (3) Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihanraya 1954 (Boleh Mengadakan Perhimpunan Dan Syarahan Terbuka Dengan Kelulusan Permit)," katanya.
Sementara itu, Yahaya berkata, suasana berkempen di seluruh Pahang buat masa ini adalah terkawal, tanpa adanya kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sumber Tiga kertas siasatan dibuka berkaitan kesalahan pilihan raya di Pahang