'PH menang PRU14 kerana percaturan bijak Tun Mahathir, bukannya kerana hasil kajian Invoke' - Razali

'PH menang PRU14 kerana percaturan bijak Tun Mahathir, bukannya kerana hasil kajian Invoke' - Razali - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 'PH menang PRU14 kerana percaturan bijak Tun Mahathir, bukannya kerana hasil kajian Invoke' - Razali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'PH menang PRU14 kerana percaturan bijak Tun Mahathir, bukannya kerana hasil kajian Invoke' - Razali
link : 'PH menang PRU14 kerana percaturan bijak Tun Mahathir, bukannya kerana hasil kajian Invoke' - Razali

Baca juga


'PH menang PRU14 kerana percaturan bijak Tun Mahathir, bukannya kerana hasil kajian Invoke' - Razali

Pengerusi Pertubuhan Parti Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu, Datuk Razali Idris mengingatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli untuk tidak mengeluarkan kenyataan sebagai 'hero' berhubung kenyataannya yang mendakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan faktor Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu, lapor Berita Harian.
Razali berkata, PH berjaya memenangi PRU14 dan merampas kuasa memerintah di Putrajaya berikutan percaturan bijak Tun Dr Mahathir yang merangka strategi, bukannya hasil dari kajian Invoke Malaysia. 
Razali juga menyifatkan kenyataan Rafizi yang bersifat peribadi itu boleh memecah-belahkan PH dan mencipta krisis dalaman antara parti komponen PH, sedangkan pada masa ini pemimpin PH perlu fokus untuk membina semula negara, bukannya memperlekehkan sesiapa. 
"Antara strategi ampuh yang disusun Tun Mahathir ialah bertanding menggunakan satu logo, mengumumkan Perdana Menteri dan timbalannya seandainya PH menang serta menyelesaikan isu pembahagian kerusi.
"Kalau ikut kajian INVOKE, PAS tak dapat satu kerusi pun di Terengganu dan Kelantan tapi apa yang berlaku, PAS menang dua pertiga sekali gus membuktikan kajian itu tidak tepat," katanya.
Semalam, Rafizi mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Tun Dr Mahathir bukan faktor kemenangan besar PH pada PRU14, sebaliknya isu kenaikan kos sara hidup dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebab utama PH dipilih rakyat untuk menggantikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah berkuasa untuk enam dekad. 
Bagi menyokong kenyataannya itu, Rafizi berkata perkara itu terbukti berdasarkan tinjauan pasca PRU14 Invoke yang mendapati pengundi lebih terkesan dengan dua isu berbanding taat setia kepada Tun Dr Mahathir. 
Menurut Razali, Tun Dr Mahathir dan PPBM hanya mengambil masa setahun setengah untuk menjatuhkan BN, sedangkan parti-parti lain dalam PH tidak pernah berjaya walaupun sekali  dalam perjuangan berpuluh tahun. 
"DAP ambil masa 60 tahun, PKR (20 tahun) dan Mohamad Sabu menerusi PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) 40 tahun tetapi Tun M dan PPBM hanya ambil setahun setengah sahaja. Ini membuktikan pengaruh Tun M amat besar dan beliau mempunyai percaturan hebat," katanya. 
Terdahulu, Rafizi juga pernah mempertikaikan keputusan Tun Dr Mahathir yang melantik tiga pemimpin utama parti komponen PH sebagai menteri kanan yang didakwanya belum muktamad dan dibuat tanpa berbincang dengan wakil PKR. 
Kenyataannya itu menimbulkan persepsi yang negatif terhadap PH yang dilabelkan masih belum bersatu walaupun sudah berjaya menawan kuasa pentadbiran di Putrajaya. 'Kerosakan' itu menyebabkan Ketua Umum PKR terpaksa mengeluarkan kenyataan, mengulangi sokongannya terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7. 
Sementara itu di media sosial, netizen juga meluahkan kemarahan mereka terhadap bekas Ahli Parlimen Pandan itu yang disifatkan suka mencari kesalahan orang lain dan membuat kenyataan yang tidak menguntungkan untuk kerajaan PH. 
Malah kata netizen, Rafizi seperti tidak hormat kepada Tun Dr Mahathir, sedangkan rakyat sudah memberikan mesej yang jelas bahawa mereka mengundi PH di PRU14 adalah kerana Tun Dr Mahathir. 
BERITA BERKAITAN: 


Sumber 'PH menang PRU14 kerana percaturan bijak Tun Mahathir, bukannya kerana hasil kajian Invoke' - Razali


Demikianlah Artikel 'PH menang PRU14 kerana percaturan bijak Tun Mahathir, bukannya kerana hasil kajian Invoke' - Razali

Sekianlah artikel 'PH menang PRU14 kerana percaturan bijak Tun Mahathir, bukannya kerana hasil kajian Invoke' - Razali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: