Judul : Program tiru gaya wanita seperti ‘Mak Jemah’ perlu dihentikan - Hafiz Hamidun
link : Program tiru gaya wanita seperti ‘Mak Jemah’ perlu dihentikan - Hafiz Hamidun
Program tiru gaya wanita seperti ‘Mak Jemah’ perlu dihentikan - Hafiz Hamidun
PENYANYI Hafiz Hamidun menyarankan agar program-program meniru gaya wanita perlu dihentikan segera berikutan ia kini memberi pengaruh negatif kepada masyarakat.Hafiz, 34, berkata, perkara itu hanyalah memberi teladan yang salah biarpun sekadar hiburan semata-mata.
"Ini perlu dihentikan, cukup-cukuplah bagi tauladan yang salah pada masyarakat.
"Cukuplah tak payah dah Mak Jemah dalam radio Era Fm, Faiz Dickie punya Sarabanon, Ucop punya parodi (hanya segelintir disebut). Walaupun sekadar hiburan tapi ini natijahnya," ujarnya pada Rabu.
Penyanyi lagu Jodoh Berdua itu memberi reaksi terhadap video personaliti media sosial Faiz Roslan yang dianggap keterlaluan.
Faiz menerusi siaran langsung di Instagram secara terbuka mengakui dia dan rakan-rakannya tidak berpuasa dengan alasan tidak menunaikan solat selain turut berkongsi visual rakannya sedang menikmati kentang goreng.
Perkara itu menimbulkan kemarahan masyarakat yang menganggap dia membuka aib sendiri dan perlu ditegur.
Sementara itu, Hafiz mengingatkan Faiz agar tidak berasa bangga dengan perbuatan buruk tersebut.
Ia bukan sahaja dibenci Allah, malah masyarakat turut tidak boleh menerima perbuatan itu.
"Nanti bila orang tuduh kamu macam-macam, melenting pulak. Muat naik video, minta ramai-ramai pulak sokong perbuatan itu. Pengajarannya, simpan dosa anda untuk diri sendiri. Jangan bangga dengan dosa.
"Bukan saja Allah tak suka, semua manusia benci," ujarnya.
Awal Ramadan lalu, Faiz dikecam teruk apabila memuat naik video parodi tarian berpakaian wanita di akaun Instagramnya.
Tindakan Faiz itu turut ditegur keras oleh pelakon Sharnaaz dan pendakwa selebriti Da'i Wan Dazrin.
Sumber Program tiru gaya wanita seperti ‘Mak Jemah’ perlu dihentikan - Hafiz Hamidun