JKN Johor sahkan dan siasat jururawat guna telefon sambil rawat pesakit

JKN Johor sahkan dan siasat jururawat guna telefon sambil rawat pesakit - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang JKN Johor sahkan dan siasat jururawat guna telefon sambil rawat pesakit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JKN Johor sahkan dan siasat jururawat guna telefon sambil rawat pesakit
link : JKN Johor sahkan dan siasat jururawat guna telefon sambil rawat pesakit

Baca juga


JKN Johor sahkan dan siasat jururawat guna telefon sambil rawat pesakit

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor memandang serius terhadap insiden video tular seorang jururawat terlatih sedang memberi bantuan pernafasan kepada seorang pesakit sambil melihat telefon bimbit.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata makluman dan siasatan awal pihak JKN Johor serta Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, telah mengesahkan bahawa pesakit tersebut dalam rawatan di HSA dan siasatan mendalam terhadap insiden itu kini sedang dijalankan.
“JKN Johor dan HSA telah pun berjumpa dengan waris keluarga bagi mendapatkan gambaran lebih terperinci serta memberi penjelasan dan berbincang mengenai perkara ini.
“Anggota Jawatankuasa Penyiasatan yang terdiri dari pakar-pakar dan penyelia jururawat dari HSA dan JKN Johor telah memulakan siasatan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook JKN Johor hari ini.
Dr Selahuddeen berkata pihak HSA sememangnya mempunyai tatacara pengendalian pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sambil menunggu untuk dihantar ke Unit Rawatan rapi (ICU) dan pihak JKN serta HSA memandang serius terhadap kakitangan yang tidak mematuhi ketetapan tersebut.
Beliau berkata jika terdapat unsur kecuaian hasil daripada penyiasatan itu, maka, kakitangan yang terlibat akan dikenakan tindakan tegas.
Katanya arahan penambahbaikan serta merta juga telah dikeluarkan kepada pihak HSA serta peringatan kepada lain-lain hospital bagi memastikan kepatuhan terhadap tatacara pengendalian pesakit dipatuhi sepenuhnya.
Dr Selahuddeen turut mengingatkan masyarakat bahawa pengambilan gambar dan video di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia adalah tidak dibenarkan terutamanya gambar atau video pesakit di dalam wad atau klinik kerana ia melanggar etika serta kerahsiaan pesakit.
“Individu yang mempunyai aduan atau cadangan membina terhadap perkhidmatan yang diberikan di fasiliti Kementerian Kesihatan dinasihatkan berhubung secara terus dengan pihak hospital atau klinik berkenaan agar penambahbaikan perkhidmatan dapat dilakukan serta merta,” katanya. — Bernama


Sumber JKN Johor sahkan dan siasat jururawat guna telefon sambil rawat pesakit


Demikianlah Artikel JKN Johor sahkan dan siasat jururawat guna telefon sambil rawat pesakit

Sekianlah artikel JKN Johor sahkan dan siasat jururawat guna telefon sambil rawat pesakit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: