G25 mahu SPRM jadi badan bebas

G25 mahu SPRM jadi badan bebas - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang G25 mahu SPRM jadi badan bebas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : G25 mahu SPRM jadi badan bebas
link : G25 mahu SPRM jadi badan bebas

Baca juga


G25 mahu SPRM jadi badan bebas

Penasihat G25, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata reformasi badan itu wajar dilaksanakan supaya SPRM mampu banteras jenayah rasuah dengan lebih berkesan.

G25 syorkan SPRM dijadikan badan bebas tanpa perlu buat laporan kepada Jabatan Perdana Menteri atau tidak dikawal oleh mana-mana menteri. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kumpulan bekas penjawat awam (G25) mengesyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadikan sebagai institusi yang bebas tanpa kawalan menteri.

Penasihat G25, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata reformasi badan itu wajar dilaksanakan supaya SPRM mampu membanteras jenayah rasuah dengan lebih berkesan.

“Kami mengesyorkan SPRM dijadikan badan bebas tanpa perlu membuat laporan kepada Jabatan Perdana Menteri ataupun tidak dikawal oleh mana-mana menteri dan terus bertanggungjawab kepada Parlimen.

“Oleh itu, kami mencadangkan Parlimen mewujudkan satu jawatankuasa bertanggungjawab dalam menjaga soal integriti dan ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi di Menara Ilham hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, katanya G25 antara lain turut menerangkan beberapa syor hasil laporan yang disediakan sebelum ini berkenaan perubahan institusi seperti Parlimen, kehakiman dan perkhidmatan awam.

G25 adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyuarakan perspektif wasatiyyah dalam hal keagamaan, memperkukuh institusi perundangan serta mempertingkatkan mutu pentadbiran dan pemerintahan negara.

Terdahulu, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi yang berperanan membentangkan penemuan serta syornya kepada Majlis Penasihat Kerajaan yang kemudian akan mengemukakan laporan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam perkembangan lain, G25 turut bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mencadangkan agar Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) dimansuhkan.

“Kami menyokong supaya peranan Jakim dikaji semula dan sekiranya ada perubahan yang perlu dibuat kami harap pihak kerajaan harus membuat pindaan tentang peranannya dalam pentadbiran Islam.

“Iksim pula wajar dimansuhkan kerana kami berpendapat peranannya masih malap serta pendekatan yang digunakan agak liberal dan ekstremis,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber G25 mahu SPRM jadi badan bebas


Demikianlah Artikel G25 mahu SPRM jadi badan bebas

Sekianlah artikel G25 mahu SPRM jadi badan bebas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: