Judul : “Bangga Tak Puasa? Panas Hati Bila Orang Permainkan Allah!” – Azza Elite Geram Dengan Faiz Roslan
link : “Bangga Tak Puasa? Panas Hati Bila Orang Permainkan Allah!” – Azza Elite Geram Dengan Faiz Roslan
“Bangga Tak Puasa? Panas Hati Bila Orang Permainkan Allah!” – Azza Elite Geram Dengan Faiz Roslan
Pelakon dan penyanyi Azza Elite menegur tindakan bintang media sosial, Faiz Roslan yang mengaku tidak solat dan puasa.Azza menerusi Instagramnya meluahkan rasa kesal dengan sikap Faiz Roslan yang dianggap menghina dan mencemarkan bulan Ramadan.
“Sebelum tu ku minta maaf sebab tegur mu eh Faiz! You watch out! Allah bagi kelebihan famous! Famous ek? I don’t understand why people make you famous with idiot behaviour!
“Adik oh adik kau jangan buat gitu dik! Mana malu kau dengan Allah! Kau bangga kau tak solat Kau bangga kau tak puasa. Astaghfirullah! Nape mu gitu? Jangan sampai Allah tarik nikmat kita dik. Sharnaaz tegur ramai beck up!! Padahal apa yang Sharnaaz cakap tu memang benar belaka.
“Aku dengar kau menjawab kau siap! Ni aku pulak cakap! Panas hati aku bila orang permainkan Allah. Kami pun penah muda. Pernah famous dari kau okay!!! Tapi kami takut nak permainkan Allah. Kami tegur sebab rasa kamu perlu ditegur!! Apa pun aku doa semoga Allah beri hidayah buat kamu semoga kamu menjadi orang baik- baik,” tulisnya.
“Sebab tu la aku sokong apa Sharnaaz cakap! Cakap baik-baik pujuk tak makan saman budak ni. Berani sangat-sangat dah dia. Orang sampaikan, orang tegur, sembunyi sembunyi tak jalan. Bukan suka-suka nak marah kau tapi bersebab!
“Kami perempuan if tak puasa pun malu nak cakap tak puasa. Kau?? Bangga. Kalau tak tegur esok Allah tanya kenapa tak tegur? Atleast habis dah bahagian kami. Kenapa tegur terang terangan? Sebab dia ni tegur sembunyi tak jalan dah. Kalau ya pun nak famous jangan sampai permainkan puasa dan solat. Kami pun tak baik dik so sama- samalah perbaiki.
“Moga Tuhan beri kamu kesempatan sebelum di tarik nikmat yang kamu ada sekarang. Kamu kan famous. jika kita x puasa kita jgn upload video makan di bulan puasa dik. #penghinaanramadhan. Jangan sombong dengan Allah. Kalau dengan ulama pun kamu tak nak dengar, kamu nak dengar dari siapa.
"Oh ya, lupa kak za. Yes, saya seorang penyanyi dan pelakon, 22 tahun yang lalu. Kehidupan saya tak tentu arah betul.Banyak kejadian yang buat saya berubah antaranya Allah hantar teguran dari netizen!!
"Saya risau sebab saya ada mak ayah dan teguran netizen buat saya banyak merenung sampai bila saya nak macam tu. Dan ada satu teguran yang buat saya berubah, teguran dari Allah buat saya terus nak ubah dari segala segi so pada yang cakap kak Za pun nari lah terkinja tu dulu dik!
“Itu adalah pekerjaan! Bukan nari bodoh bodoh!Iitu kehidupan kak Za yang lalu. Kak Za kalau boleh nak ubah masa supaya kak Za bukan yang itu. Tetapi kak Za yakin kehidupan masa lalu adalah pengajaran agar kita ubah diri kita supaya jadi yang lebih baik. Orang tegur jangan sombong! Ambil la positif.
"Kalau awak fikir negatif teguran orang. Hurmm tak tahu lah nak cakap macam mana kan. Ini kalau dah tak boleh tegur macam mana! Nak back up tara mana lagi dik, kita ubah perlahan-lahan jujur dan istikhomah okay. Manalah tahu teguran dari kami yang kecil ni buat kamu jadi lebih baik malah lebih baik,” coretnya panjang lebar.
Kini difahamkan Faiz sudah pun menyahaktifkan akaun Instagram miliknya setelah menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen selepas video tersebut menjadi tular.
Sumber “Bangga Tak Puasa? Panas Hati Bila Orang Permainkan Allah!” – Azza Elite Geram Dengan Faiz Roslan