Judul : “Saya sedang cari jalan penyelesaian terbaik” - Syafiq Kyle
link : “Saya sedang cari jalan penyelesaian terbaik” - Syafiq Kyle
“Saya sedang cari jalan penyelesaian terbaik” - Syafiq Kyle
PELAKON Syafiq Kyle akhirnya membuka mulut terhadap kontroversi video beraksi lucah yang mengaitkan dirinya selepas ia tular sejak Ahad lalu.Pelakon drama Nur itu memberitahu dia kini sedang mengenal pasti jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara itu.
"Saya sedang mengenal pasti jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.
"Disamping itu, kami juga sedang bekerjasama dengan beberapa pihak bagi memastikan kesulitan ini dapat dimuktamadkan dengan segera," ujarnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik pada petang Selasa.
Pelakon itu juga berharap perkara tersebut tidak dipanjangkan lagi bagi menghormati bulan Ramadan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika isu itu terus berpanjangan.
Sementara itu, Syafiq turut menafikan paparan skrin perbualan mesej peribadi antara dia dan seorang lelaki yang menjadi tular malam Isnin.
Katanya, paparan skrin itu disunting oleh individu tidak bertanggungjawab dan menggunakan foto lelaki berasal dari Filipina.
"Ini merupakan sesuatu perkara yang tidak betul dan tidak berasas sama sekali yang hanya bertujuan sekadar mahu menangguk di air yang keruh.
"Screenshoot tersebut disunting oleh individu tidak bertanggungjawab, ingin saya tegaskan perkara itu tidak benar sama sekali," ujarnya.
Dalam pada itu, Syafik turut mengakui kejadian yang berlaku ini adalah pengajaran terbaik yang akan mematangkan dirinya pada masa akan datang.
Malah, dia memohon maaf jika tidak dapat dihubungi kerana perlu menyelesaikan kesulitan ini secara cermat dan berhati-hati.
Sejak malam Ahad lalu, pengguna Twitter mula membicarakan video yang memperlihatkan individu mirip pelakon drama Nur itu melakukan perkongsian sembang video bersama seorang individu dikenali sebagai Mira.
Menerusi video tersebut ia menyaksikan lelaki berkenaan sedang berbual tentang perkara yang tidak senonoh, selain dia mengajak individu itu untuk melakukan hubungan seks sekiranya mereka berjumpa.
Video berdurasi kira-kira dua minit itu mula tersebar dan menjadi perbincangan hangat termasuk ada pihak yang berhasrat menjual versi penuh kepada netizen.
Malahan pemilik akaun Instagram ini juga mendakwa memiliki dua lagi video sambungan dan menawarkan untuk dijual kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM20.00.
Sumber “Saya sedang cari jalan penyelesaian terbaik” - Syafiq Kyle