Lukisan Anzalna Jadi Kad Krismas & Dijual di Kanada

Lukisan Anzalna Jadi Kad Krismas & Dijual di Kanada - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Lukisan Anzalna Jadi Kad Krismas & Dijual di Kanada, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lukisan Anzalna Jadi Kad Krismas & Dijual di Kanada
link : Lukisan Anzalna Jadi Kad Krismas & Dijual di Kanada

Baca juga


Lukisan Anzalna Jadi Kad Krismas & Dijual di Kanada

Siapa sangka bakat melukis yang dijadikan sekadar hobi rupanya mampu memberi pulangan lumayan kepada aktres cantik Anzalna Nasir, 30, apabila ada pihak yang ingin membeli hasil lukisannya dengan bidaan harga sehingga mencecah ribuan ringgit.

Akui Anzalna, dia sendiri terkejut dan tidak percaya apabila ada pihak yang bersungguh mahu membeli lukisannya dengan harga sebegitu sedangkan dirinya bukan lah seorang pelukis profesional.

"Saya tidak letak harga pada lukisan saya sebaliknya pembeli yang membida. Saya terkejut apabila ada DM saya dan bida sampai ribuan ringgit, sedangkan saya rasa lukisan saya bukan lah besar sangat lagipun saya bukan profesional.

"Setakat yang saya dah jual, harganya berbeza-beza dan ada kalangan pembeli yang minta saya rahsiakan identiti mereka dan juga ada yang benarkan saya kongsi di instagram.

"Hasil jualan itu saya bercadang untuk buat amal dan didermakan kepada pesakit kanak-kanak yang mengidap kanser dan gelandangan. Saya rancang untuk belikan barang-barang keperluan untuk mereka.

"Sebenarnya setiap kali Ramadan, selain fokus pada ibadah, saya selalu fikir apa lagi yang saya mahu buat memandangkan saya banyak masa kerana tidak menjalani penggambaran. Jadi saya saja-saja melukis dan tak sangka menjadi pula dan ramai yang berminat nak beli. Jadi saya fikir, duit hasil jualan tu elok kalau saya buat amal," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media & tayangan perdana program Astro, bertempat hotel Majestic, KL, Isnin lalu.

Dedah Anzalna lagi, dia sebenarnya sudah lama tidak memengang berus lukisan selepas kali terakhir kira-kira 22 tahun lalu. Oleh kerana keluarganya pernah tinggal di luar negara jadi dia mempunyai pengalaman bersekolah di Montreal, Kanada. Ketika di sekolah lah, dia mengikuti kelas lukisan dan dari situ bakatnya mula diasah.

Seperkara menarik, ketika usia lapan tahun dia pernah memenangi pertandingan melukis. Hasil lukisannya itu dicetak menjadi kad ucapan sempena hari Natal dan telah dijual di Kanada.

"Di sekolah di luar negara ada kelas melukis, dan saya mengikuti kelas tersebut. Ketika usia 8 tahun saya sertai dan menang satu pertandingan melukis. Masa tu saya dah nak berpindah balik ke Malaysia.

"Hasil lukisan saya itu telah dipamerkan di sebuah hospital di wad kanak-kanak. Ia juga dijadikan kad Krismas dan dijual di Kanada. Itu lah kali terakhir saya melukis," katanya.

Lukis Potret Tun M

Sejak kembali aktif melukis kebelakangan ini, sebanyak lapan daripada 10 lukisan yang dihasilkan telah berjaya dijual. Anzalna memberitahu, dia juga mendapat permintaan melukis potret Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad. Selain itu dia juga dalam proses menyiapkan sebuah lukisan Kaabah.

"Ada yang minta saya lukis potret Tun M. Sebenarnya saya kurang gemar lukis potret dan lebih kepada 'painting'. Tapi saya cuba dan jadi juga lah wajah Tun (gelak), tapi lukisan itu belum sempurna lagi. Selain itu saya sedang siapkan lukisan Kaabah.

..

Di samping, baru-baru ini dia menjual sebuah lukisan permandangan menara Eiffel walaupun pada awalnya dia berat hati untuk menjual lukisan itu kerana permandangan itu diilhamkan daripada memori ketika dia pergi bercuti bersama suaminya. Tetapi memikirkan dia mahu membuat kerja amal, dia rela lukisan itu dijual.

"Saya baru jual lukisan Eiffel Tower, sebenarnya saya berat hati nak jual sebab pemandangan itu adalah kenangan yang saya nikmati ketika saya pergi bercuti, tapi saya setuju untuk jual sebab fikirkan misi amal saya," katanya yang mengambil masa lebih tiga jam untuk menyiapkan sesebuah lukisan.

Walaupun semakin seronok melukis, Anzalna menegaskan dia tidak meninggalkan dunia lakonan sebaliknya tetap dengan pendirian lebih selektif dan menerima tawaran yang betul-betul sesuai.

"Melukis ini hanya hobi di masa lapang saya dan saya masih tetap aktif dengan kerjaya lakonan. Cuma saya selektif dan menerima tawaran jika betul-betul sesuai dan naskahnya bagus," katanya.

Mengenai perkembangan lakonan, Anzalna bakal muncul menerusi telemovie Renyai Takbir Raya yang akan ditayangkan pada Aidilfitri ini.



Sumber Lukisan Anzalna Jadi Kad Krismas & Dijual di Kanada


Demikianlah Artikel Lukisan Anzalna Jadi Kad Krismas & Dijual di Kanada

Sekianlah artikel Lukisan Anzalna Jadi Kad Krismas & Dijual di Kanada kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: