Piala Dunia: Mesir jangka Salah boleh beraksi

Piala Dunia: Mesir jangka Salah boleh beraksi - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Piala Dunia: Mesir jangka Salah boleh beraksi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Piala Dunia: Mesir jangka Salah boleh beraksi
link : Piala Dunia: Mesir jangka Salah boleh beraksi

Baca juga


Piala Dunia: Mesir jangka Salah boleh beraksi

MOHAMED SALAH akan diketepikan tidak lebih dari tiga minggu akibat kecederaan bahu yang dialaminya semasa kekalahan 3-1 Liverpool kepada Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara Eropah, demikian pengesahan dibuat Persatuan Bolasepak Mesir (EFA).

Status penyertaan Salah dalam Piala Dunia di Russia bulan depan menjadi tanda tanya selepas dia terpaksa meninggalkan padang pada minit ke-30 di Kiev akibat direntap jatuh oleh kapten Madrid, Sergio Ramos.

Selepas perlawanan, jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp, memberitahu wartawan bahawa dia berasakan pemenang Kasut Emas Liga Perdana Inggeris itu mungkin berhempas pulas untuk pulih bagi kejohanan itu, tetapi Salah kemudiannya mengatakan dia "yakin" boleh beraksi.

EFA hari ini mengeluarkan kenyataan selepas presidennya, Hani Abu Reda; ketua jurulatih, Hector Cuper, dan doktor pasukan kebangsaan, Mohamed Abu El-Ela, berlepas ke Valencia untuk melihat sendiri proses rawatan dan pemulihan Salah di bandar Sepanyol itu.

Kenyataan itu menggambarkan pemain berusia 25 tahun berkenaan mempunyai "keazaman" untuk bersama rakan sepasukannya: "Bagi pihaknya, Mohamed Abu El-Ela berkata bahawa tempoh ketiadaan Salah akibat kecederaan tidak akan lebih tiga minggu. "

Mesir memulakan kempennya dalam Kumpulan A dengan menentang Uruguay di Ekaterinburg pada 15 Jun -- betul-betul tiga minggu dari tarikh kekalahan Liverpool dalam final Liga Juara-Juara.

Ini bermakna Salah masih perlu mengejar masa untuk kejohanan itu tetapi jurulatih veteran, Cuper, menganggap senario itu tidak menjejaskan persediaan pasukannya bagi menghadapi aksi peringkat kumpulan yang turut dihuni tuan rumah, Russia, dan Arab Saudi.

"Walaupun dengan kecederaan Salah, saya masih mempunyai harapan dan aspirasi yang sama. Saya tidak boleh berputus asa," katanya dalam sidang akhbar di kem latihan pra-kejohanan Mesir di Bergamo, Itali.

"Kecederaan berlaku dalam bola sepak tetapi dengan semangat dan cita-cita kami, kami yakin dengan keupayaan kami untuk mengatasi sebarang masalah yang dihadapi."

Salah menjaringkan gol 44 dalam kemunculan pertamanya di Liverpool selepas berpindah dari Roma tahun lalu, sementara jaringan penaltinya pada Oktober mengesahkan kemenangan 2-1 ke atas Congo untuk membawa Mesir melayakkan diri buat kali pertama dalam Piala Dunia sejak 1990.



Sumber Piala Dunia: Mesir jangka Salah boleh beraksi


Demikianlah Artikel Piala Dunia: Mesir jangka Salah boleh beraksi

Sekianlah artikel Piala Dunia: Mesir jangka Salah boleh beraksi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: