Judul : Tol dihapuskan di jajaran KL - Seremban Expressway dan Salak Expressway
link : Tol dihapuskan di jajaran KL - Seremban Expressway dan Salak Expressway
Tol dihapuskan di jajaran KL - Seremban Expressway dan Salak Expressway
KUALA LUMPUR: Mulai 12.01 malam ini, tiada lagi bayaran tol di jajaran Kuala Lumpur - Seremban Expressway dan Salak Expressway di Plaza Tol Sungai Besi kendalian Lebuhraya Utara-Selatan, kata Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir. Ismail Md Salleh.Menurut Ismail, dengan penamatan tempoh konsesi jajaran itu, bayaran tol di semua laluan keluar masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 1 hingga 50 peratus (atau di antara RM0.40 hingga RM1.70) bergantung pada jarak perjalanan dan kelas kenderaan.
"Penamatan ini sekali gus akan memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari."Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
LLM menasihatkan pengguna agar mendapatkan kadar kutipan tol yang baharu menerusi laman web di www.plus.com.my atau aplikasi PLUS Mobile App.
"Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan lancar ke destinasi," katanya lagi.
Sumber Tol dihapuskan di jajaran KL - Seremban Expressway dan Salak Expressway