Judul : “Saya Tak Cemburu Dengan Haqiem Rusli” – Wan Shahjuddin
link : “Saya Tak Cemburu Dengan Haqiem Rusli” – Wan Shahjuddin
“Saya Tak Cemburu Dengan Haqiem Rusli” – Wan Shahjuddin
Penyanyi Wan Shahjuddin akui kejayaan yan dicapai oleh rakan seperjuangan, Haqiem Rusli memberikan inspirasi kepadanya.Wan berkata, tidak wujud sedikit pun rasa dengki mahu pun iri hati sebaliknya berasa bangga dengan sahabatnya itu.
“Sebagai seorang rakan, saya rasa sangat berbangga dengan pencapaian Haqiem. Apatah lagi apabila dia berjaya menjulang trofi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) pada usia yang muda.
“Taklah, saya tidak cemburu, dia memberikan saya inspirasi untuk tidak putus asa dan bekerja dengan lebih kuat.
“Haqiem telah buktikan yang impian itu boleh dikejar dan jadi kenyataan. Tiada halangan atau alasan pun sebenarnya kalau nak berjaya asalkan ada usaha, keinginan itu boleh dikejar,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Wan yang kini di bawah naungan Warner Music Malaysia ini baru saja muncul dengan single berjudul Apa-Apa ciptaan Omar K, Ikhwan Fatanna dan Shazee.
“Kini selepas semuanya selesai, saya rasa ini adalah masa yang sesuai untuk kembali aktif dalam bidang muzik,” ujarnya.
Terdahulu, Wan dan Haqiem merupakan bekas anggota kumpulan Novemboys yang menjuarai rancangan realiti Pop Krew, pada 2014.
Bagaimanapun, Novemboys hanya bertahan selama dua tahun sebelum keempat-empat anggotanya mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Sumber “Saya Tak Cemburu Dengan Haqiem Rusli” – Wan Shahjuddin