Judul : Kanak-kanak Luar Negara Belajar Bahasa Melayu Gara-gara Boboiboy
link : Kanak-kanak Luar Negara Belajar Bahasa Melayu Gara-gara Boboiboy
Kanak-kanak Luar Negara Belajar Bahasa Melayu Gara-gara Boboiboy
Fenomena kartun Boboiboy bukan saja mencetus kegilaan kalangan peminat kanak-kanak ditanah air malah kartun superhero animasi terbitan Animonsta Studios ini turut mencuri perhatian kanak-kanak di luar negara.Menurut Ketua Pegawai Kandungan, Anas Abdul Aziz, Boboiboy yang turut ditayangkan di 60 buah negara seluruh Asia Tenggara sentiasa mendapat sambutan hangat.
Bahkan ada yang menunjukkan minat dan gigih mempelajari bahasa Melayu semata-mata mahu berbual mengenai kartun kegemaran mereka itu di ruang media sosial rasmi Boboiboy.
"Boboiboy tidak ada kelab peminat tetapi kami wujudkan kumpulan komuniti di laman Facebook yang mana terdiri daripada bukan saja peminat tempatan malah peminat dari luar negara sebab Boboiboy juga ditayangkan di 60 buah negara seluruh Asia Tenggara misalnya Vietnam, Filipina, Indonesia juga di India.
"Setiap kali tayangan untuk di negara lain, memang disertakan sekali dengan sarikata Bahasa Inggeris. Tapi ramai juga di kalangan mereka yang cuba belajar bahasa Melayu sebab nak cuba cakap bahasa Melayu apabila mereka berbual dan bercerita mengenai Boboiboy di Facebook," katanya ketika ditemui pada majlis pra-pelancaran komik edisi istimewa Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy:Superior, bertempat di Atria Shopping Gallery, Damnasara Jaya, pada Sabtu lalu.
Para peminat Boboiboy dan Lawak Kampus mendapatkan tandatangan daripada artis dan pelukis komik kegemaran mereka.Para peminat Boboiboy dan Lawak Kampus mendapatkan tandatangan daripada artis dan pelukis komik kegemaran mereka.
Komik Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy:Superior menggabung idea artis komik terkenal Keith Chong bersa 10 artis komik berbakat Kadokawa Gempak Starz bekerjasama dengan tiga orang artis komik dan dua orang penulis dari Animonsta untuk menghasilkan komik edisi istimewa ini. Crossover menarik karakter komik dan animasi ini merupakan hadiah istimewa buat peminat di samping memaparkan kreativiti kedua-dua penerbit.
Sementara itu, Ketua Pengawai Animonsta Studio, Nizam Razak berkata, memandangkan penonton m3reka terdiri daripada kanak-kanak, justeru pihaknya sentiasa memantau kandungan selain mengambil kira komen respon daripada ibu bapa misalnya dari segi penggunaan bahasa pertuturan yang digunakan dalam siri yang diterbitkan.
"Kami sentiasa mengikut garis panduan dan mengambil kira setiap maklum balas dan komen daripada ibu bapa. Dalam siri-siri Boboiboy tidak ada babak bercinta sebaliknya menerapkan mesej mengenai persahabatan dan info pengetahuan seperti pengetahuan sains.
"Selain itu, kami menjaga dari segi penggunaan bahasa pertuturan cuma perkataan seperti "aku" dan "kau" memang tidak dapat dielakkan kerana itu percakapan biasa yang digunakan kanak-kanak bersama kawan sebaya mereka. Tetapi untuk dialog dengan orang dewasa misalnya perbualan antara Boboiboy dan Tok Abah, menggunakan perkataan "saya" sebagai kata ganti diri," jelasnya.
Dalam pada itu, Nizam juga berkata, kejayaan Boboiboy mampu bertahan sebagai siri kartun animasi pilihan disebabkan jalan cerita kartun itu sendiri yang mana menyelitkan konsep adventure serta kekuatan karakter-karater lain yang ada di dalam siri tersebut.
Bagaimanapun Animonsta Studios menganggap siri animasi lain seperti Upin dan Ipin sebagai persaingan sihat.
"Industri animasi di negara kita kecil, tetapi tidak nafi terdapat juga cabaran dalam menghasilkan siri animasi. Dan sudah tentu ada persaingan tetapi kami menganggap ia satu persaingan yang sihat.
"Boboiboy punya kekuatan tersendiri dari segi cerita dan konsep adventure yang diterapkan. Begitu juga dengan Upin dan Ipin juga punya kekuatan dan pengikut mereka sendiri. Saya rasa ini satu perkembangan yang positif untuk industri," katanya.
Sumber Kanak-kanak Luar Negara Belajar Bahasa Melayu Gara-gara Boboiboy