Judul : Piala Thomas: Senarai akhir perseorangan negara diputuskan Khamis ini
link : Piala Thomas: Senarai akhir perseorangan negara diputuskan Khamis ini
Piala Thomas: Senarai akhir perseorangan negara diputuskan Khamis ini
JURULATIH perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek, menjelaskan semuanya akan terungkai pada Khamis ini mengenai teka-teki siapa pemain yang akan dibawa bagi menghadapi Kejohanan Piala Thomas di Bangkok, Thailand, dari 20 hingga 27 Mei ini.Selain jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei, yang sudah pasti dijamin slotnya ke Bangkok, dua lagi kekosongan menjadi tanda tanya.
Soong Joo Ve dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin menggalas tugas tersebut ketika peringkat kelayakan di Alor Setar, Februari lalu, namun prestasi semasa kedua-dua pemain itu tampak tidak meyakinkan.
Sehubungan itu, kemungkinan barisan pemain muda akan mengisi slot tersebut, tetapi Misbun hanya akan mendedahkan senarai akhir pada Khamis ini ketika Mesyuarat Kejurulatihan dan Latihan (C&T) Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
"Datuk Lee Chong Wei, macam mana sekali pun harus berada dalam pasukan. Mungkin ada beberapa pemain lain yang saya akan tukar atau pun masih kekal. Jadi, kita tunggu mesyuarat nanti," kata Misbun.Jika benar, maka pemain seperti Lee Zii Jia, Leong Jun Hao mahupun Cheam June Wei akan mengisi slot itu dan Malaysia akan bersandarkan kepada pemain kurang berpengalaman untuk kejohanan kali ini.
"Kita tidak seperti dulu, di mana kita mempunyai pemain-pemain yang digeruni. Kita mempunyai lima pemain remaja yang sedang dibina.
"Buat masa sekarang, agak susah untuk memilih tetapi ia perlukan masa. Masa akan menentukan ke mana arah tuju pasukan kita," katanya lagi.
Sumber Piala Thomas: Senarai akhir perseorangan negara diputuskan Khamis ini