Pembangkang ‘desperado’, momentum BN menuju ‘wow’

Pembangkang ‘desperado’, momentum BN menuju ‘wow’ - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pembangkang ‘desperado’, momentum BN menuju ‘wow’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembangkang ‘desperado’, momentum BN menuju ‘wow’
link : Pembangkang ‘desperado’, momentum BN menuju ‘wow’

Baca juga


Pembangkang ‘desperado’, momentum BN menuju ‘wow’

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengecat rumah Rakiah Aman, penerima Touch Point Baik Pulih Rumah NBOS-CTU Kementerian Komunikasi dan Multimedia Parlimen Bagan Datuk, 1 Mei 2018. — Foto BernamaDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengecat rumah Rakiah Aman, penerima Touch Point Baik Pulih Rumah NBOS-CTU Kementerian Komunikasi dan Multimedia Parlimen Bagan Datuk, 1 Mei 2018. — Foto BernamaBAGAN DATUK, 1 Mei — Politik kekerasan dan amalan memaki hamun ditunjukkan pembangkang semasa berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) harus ditolak oleh pengundi, kata timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata cara berkempen seperti mengaibkan, memfitnah serta menggunakan kata-kata kesat merupakan taktik terdesak pembangkang untuk meraih undi dan tidak wajar dibiarkan kerana ia boleh menggugat kestabilan serta keamanan negara.

“Itu pastinya taktik terdesak (pembangkang) kerana saya fikir mereka telah menghidu bahawa momentum untuk Barisan Nasional (BN) sudah semakin meningkat.

“Peningkatan ini disebabkan oleh manifesto BN yang mempunyai titik sentuhan serta faktor ‘wow’ sudah dihidangkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kenduri Kampung Peluasan Skop Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) – Program Menghubung Menyatu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Parlimen Bagan Datuk di Kampung Pasang Api di sini, hari ini.

Ahmad Zahid mengulas insiden cermin van jentera kempen calon BN Parlimen Bandar Kuching, Kho Teck Wan di Tabuan Jaya, Sarawak dipecahkan Sabtu lalu, manakala semalam kain rentang memaparkan wajah calon BN Parlimen Bakri, Koh Chon Chai di sekitar Bukit Bakri dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

Mengenai tindakan pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming yang sering menggunakan kata-kata makian dalam kempen ceramah di Teluk Intan, Ahmad Zahid menyifatkan ia sebagai taktik ‘desperado’ bagi meraih undi di Parlimen itu yang ditandinginya pada PRU14.

“Semua orang kenal dengan cara dia dulu di Taiping, sekarang datang ke sini (Teluk Intan) pula. Saya fikir orang Teluk Intan tahu tentang prestasi Datuk Seri Mah Siew Keong bukan sahaja kerana beliau adalah orang tempatan,” katanya.

Pada PRU14, Mah yang juga presiden Gerakan akan berdepan saingan tiga penjuru melibatkan Nga yang bertanding menggunakan nama serta logo PKR serta seorang calon PAS, Ahmad Ramadzan Ahmad Daud.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyatakan puas hati dengan perjalanan laporan kempen PRU14 seluruh negara walaupun berlaku beberapa insiden tidak diingini. — Bernama



Sumber Pembangkang ‘desperado’, momentum BN menuju ‘wow’


Demikianlah Artikel Pembangkang ‘desperado’, momentum BN menuju ‘wow’

Sekianlah artikel Pembangkang ‘desperado’, momentum BN menuju ‘wow’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: