Khairuddin: PAS hipokrit, cuba tunggang atas ‘kebolehan’ PH

Khairuddin: PAS hipokrit, cuba tunggang atas ‘kebolehan’ PH - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Khairuddin: PAS hipokrit, cuba tunggang atas ‘kebolehan’ PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khairuddin: PAS hipokrit, cuba tunggang atas ‘kebolehan’ PH
link : Khairuddin: PAS hipokrit, cuba tunggang atas ‘kebolehan’ PH

Baca juga


Khairuddin: PAS hipokrit, cuba tunggang atas ‘kebolehan’ PH

Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi PH itu berkata, kenyataan Mohd Amar Nik Abdullah secara tidak langsung mengakui PAS tiada kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan hutang negara.

Khairuddin Abu Hassan berkata, PH jujur dan ikhlas menyelamatkan negara yang berada di ambang kehancuran berbanding perjuangan hipokrit PAS.

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa pemimpin PAS hanya pandai beretorik dan cuba mengambil kesempatan daripada usaha kerajaan baru melangsaikan hutang negara.

Beliau merujuk ceramah Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Medan Ilmu, Kota Bharu, 18 Mei lalu yang parti Islam itu boleh memerintah negara 5 tahun akan datang selepas masalah hutang negara diselesaikan kerajaan sekarang.

“Secara tidak langsung, kenyataan Mohd Amar Nik Abdullah turut mengakui PAS tiada wawasan dan mereka tidak mempunyai kebolehan untuk selesaikan permasalahan negara hari ini.

“PAS mahukan kerajaan PH selesaikan semua hutang negara yang terlalu besar yang tidak mampu untuk diurus oleh parti mereka terlebih dahulu, selepas itu baru sanggup rampas Putrajaya.

“Kenyataan Mohd Amar Nik Abdullah ini bernada cukup ‘bacul’ yang melambangkan jati diri hipokrasi pemimpin-pemimpin PAS,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan menerusi ceramah di Kelantan pada 18 Mei lalu berkata, PAS tidak kisah kalah pada pilihan raya umum ke-14 memandangkan negara sekarang dibebani hutang besar.

“Jadi, apa yang pelik? Tak ada apa yang pelik, Tuhan tarik yang ini, Tuhan bagi yang lain. Nasib baik Tuhan tak bagi perintah Malaysia (sekarang), kalau tidak hutang banyak, nak bayar macam mana? Jadi Tuhan bagi mereka (PH) ambil dulu, selesai dulu hutang Malaysa, 5 tahun lagi kita ambil Malaysia,” kata Amar.

Sementara itu, Khairuddin berkata, berbanding perjuangan hipokrit PAS, PH jujur dan ikhlas menyelamatkan negara yang berada di ambang kehancuran.

“Saya amat yakin Tuhan pun tidak akan memberkati ‘angan-angan mat jenin’ PAS yang senantiasa cuba menunggang di atas kebolehan orang lain.”

Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu turut menyindir PAS terlalu berangan-angan dan pemimpinnya tidak berwawasan sehingga tersilap pilih sasaran kerjasama.

“Dulu puji Datuk Seri Najib Razak, tetapi kini PAS mengakui pula hutang negara terlalu besar, khususnya hutang syarikat 1MDB yang mana mereka pun tak mampu untuk selesaikannya.

“Inilah sebabnya kita tidak boleh percaya pada PAS yang senantiasa berdolak-dalik. Mereka ini semua orang politik yang senantiasa bersandiwara.

“Perjuangan PAS kini sudah tersimpang jauh dari wadah perjuangannya yang asal.”


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Khairuddin: PAS hipokrit, cuba tunggang atas ‘kebolehan’ PH


Demikianlah Artikel Khairuddin: PAS hipokrit, cuba tunggang atas ‘kebolehan’ PH

Sekianlah artikel Khairuddin: PAS hipokrit, cuba tunggang atas ‘kebolehan’ PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: