Judul : Kementerian cadang siarkan perlawanan Piala Dunia secara langsung - Gobind
link : Kementerian cadang siarkan perlawanan Piala Dunia secara langsung - Gobind
Kementerian cadang siarkan perlawanan Piala Dunia secara langsung - Gobind
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk mendapatkan hak Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi menyiarkan perlawanan Piala Dunia 2018 kepada peminat bola sepak Malaysia.Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata cadangan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada hari Rabu dan beliau juga berharap dapat menerima jawapan yang baik dengan cepat.
“Seperti yang saya sedari, ini adalah salah satu usaha untuk mempromosikan RTM sekali lagi.
“Saya rasa kita perlu melakukan sedemikian untuk meningkatkan jumlah penonton di bahagian RTM, oleh kerana ianya merupakan acara peringkat dunia.“Bagi saya, hal ini penting bagi RTM sebagai rangkaian TV nasional untuk menyiarkan tayangan secara langsung,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas lawatannya ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama, hari ini.
Semalam, Ahli Parlimen Muar dan ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata terdapat keperluan untuk mencari jalan bagi menyiarkan perlawanan Piala Dunia 2018 untuk peminat setempat.
Acara yang diadakan empat tahun sekali akan menjadikan Rusia sebagai tuan rumah dengan 32 negara dari lima konfederasi bola sepak yang bertanding di 12 tempat untuk memenangi piala yang berprestij itu.
Piala Dunia, yang digelar sebagai acara pertunjukan terbesar di dunia, akan bermula pada 14 Jun dengan Rusia sebagai tuan rumah bertembung dengan Arab Saudi dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Luzhniki di Moscow pada pukul 6 petang (11 malam waktu tempatan).
— BERNAMA
Sumber Kementerian cadang siarkan perlawanan Piala Dunia secara langsung - Gobind