Judul : Kaji selidik: BN kekal kuasa, PH dapat undi popular
link : Kaji selidik: BN kekal kuasa, PH dapat undi popular
Kaji selidik: BN kekal kuasa, PH dapat undi popular
KUALA LUMPUR, 2 Mei — Barisan Nasional (BN) dijangka menang PRU14 t etapi gabungan pembangkang menguasai undi popular, mengikut kaji selidik terbaru Merdeka Center.
Pengarah Merdeka Centre berkata kaji selidik menunjukkan Pakatan Harapan (PH) mungkin menang 43.7 peratus undi popular pada 1 Mei lalu berbanding jangkaan 42 peratus pada 9 April.
Ibrahim Suffian berkata BN pula dijangka menang 40.3 peratus undi popular pada 1 Mei, merosot daripada ramalan pada 9 April sebanyak 40.8 peratus.
Katanya, sokongan kepada PAS, parti pembangkang yang tidak bergabung dengan Pakatan Harapan, turut merosot daripada 17.2 peratus pada April kepada 16 peratus pada 1 Mei.
"Jika pilihan raya berlangsung semalam, BN menang," katanya pada pembentangan secara langsung di Facebook hari ini.
Pada PRU14, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan saingan sengit daripada gabungan pembangkang yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri paling lama di Malaysia.
Merdeka Center, sebuah badan kaji selidik bebas menjalankan undian melibatkan 75 peratus kerusi Parlimen di Malaysia Barat. Kajian tersebut tidak meliputi kepulauan Borneo.
Berita selanjutnya di Malay Mail
https://ift.tt/2jkZxIR
Sumber Kaji selidik: BN kekal kuasa, PH dapat undi popular